Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Isnin, September 15, 2014

Kedai Dania Bowl Trading ~ Trofi , Medal, Souvenir , Tshirt Heatpress, Mug Printing, Fridge Magnet, Button Badge & Sticker

Selamat Pagi.. Mulakan hari dengan Al-Fatihah... 

Harinie Cute Mum nak mempromosikan pembukaan Kedai Dania Bowl Trading... Alhamdulillah setelah 2 minggu berkerja keras membersihkan dan meletak barang, akhirnya kedai telah mula dikunjungi customer kami dan juga partner... Partner kami ada buat macam-macam juga berkaitan advertising contoh signboard, banner dll... Jadi kalo berminat boleh Cute Mum rekomenkan die ye... Kami pula fokus pada produk sebelum nie dan akan tambah sikit demi sikit..

Pada yang dah baca entry sebelum nie mesti dah perasan yang Trofi kami dah siap pamerkan pada 1 September 2014 masa cuti ganti Merdeka.. Selepas tue 1 minggu kami sambung mengemas kedai lagi.. Paling banyak nak buat, melipat baju Tshirt nie... Pastue untuk produk lain cuma letak je.. Itu pon jadi lambat sebab partner Daddy sibuk dengan urusan perkahwinan die.. Takperlah.. Janji yang kami settlekan apa yang patut dulu...Sampaikan tak sempat nak membantu masa Adi bertunang.. Malam Jumaat tue still bekerja keras siapkan semua tempahan.. Sara memang sentiasalah lepak sini menolong.. Dania je kadang-kadang duk rumah MIL.. Die nak main dengan sepupu...




Hari selepas majlis tunang adik pon kami terus ke Kedai.. Daddy nak siapkan tempahan Baju Frozen dan juga ada Customer datang nak amik sample baju.. Sementara menunggu Daddy siapkan kerja, Cute Mum siapkan lipat baju, label saiz dan update stok.. Jadi senang sikit bila orang orderkan.. Kalo ada stok esoknya boleh hantar.. Kalo tak kenalah amik stok dulu...









Sejak ada kedai nie, masa Cute Mum lepas kerja biasanya habiskan kat sini jerlah dengan Daddy n anak-anak2 ... Sampai 2-3 pagi kadang-kadang.. Nak buat camnekan.. Kenalah berkorban untuk masa depan kami sekeluarga... Nasiblah sebelah kedai nie kedai makan, tutup pon lewat, taklah kitorang sunyi.. Nak minum pon senang.. Order jer... Nantilah ada rezeki lebih boleh beli Peti Ais kecil untuk letak air... 

Photo: Cik puan kerja keras mlm ni... #kerjakeras
#Joblastminit
#Zp
#MalamJumaat
#85
#DahJomBalik
#DahPukul3.30Am

Kami bermula jual Trofi Boling pada Nov 2010, masa tue Dania punya kami dapat idea... Dari Trofi boling hinggalah pelbagai jenis Trofi , Medal dll...Boleh tengok Katalog 2014... Syarikat Dania Bowl Trading telah didaftarkan pada 23 Mei 2013..  Kami juga berjaya capai target nak mencari Trofi kat Guangzhou China.. Selepas Cute Mum Operate kerana Cyst (cerita tak habis lagi.. pasnie sambung),bulan Jun kami start aktif Bisnes Tshirt Heatpress pula... Sempena Birthday Cute Mum bulan Ogos, kami mulakan Mug Printing.. Dan sekarang target nak ada Kedai pon dah tercapai... Sekarang akan meneruskannya lagi dan menambah beberaoa produk baru seperti Fridge Magnet, Button Badge & Sticker...

Jemput kawan-kawan yang ingin membuat tempahan ke kedai Dania Bowl Trading.

No.1, Gerai FAMA,
Jalan Dato' Dagang
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,
Selangor D.E.
(lokasi sebelah kedai makan, jalan besar nak ke Taman Surada dari Sek 8 sebelum masuk Kmpg Sg Ramal Dalam)

HP : 019-2860132 / 013-2870132
Email : daniabowl@gmail.com



Ini antara Produk yang telah kami hasilkan..

Tshirt Heatpress.. 
Design bergantung pada anda.. Harga ikut saiz design dan kuantiti..
Album di FB >> Tshirt Heatpress







Mug Printing, Fridge Magnet,  Button Badge & Sticker..
Harga juga bergantung pada kuantiti.. 

Mug Printing...






Fridge Magnet.. Boleh buat print pic saiz A4... Boleh juga dijadikan Educational Magnetic Numbers/Huruf...




Photo: Selamat Pagi.... 1 lg produk terbaru kami... #Magnet

Button Bagde....



Pelbagai jenis Sticker... Contoh Sticker Motor...


Cute Mum harapkan Kedai Dania Bowl Trading akan mendapat sokongan dari kawan-kawan semua... Insyallah kami akan cuba yang terbaik untuk menjaga kepuasan pelanggan...  Terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan kami sekeluarga.. 

Khamis, September 11, 2014

Kami masih setia..

Selamat petang...

Hari Rabu 3 September 2014, kami semua masih setia memberi sokongan pada Pasukan Selangor untuk melayakkan diri ke Suku Akhir Piala Malaysia... Haritue pon memang ramai juga penyokong yang datang... Kami tengok macam biasalah... Alhamdulillah Selangor menang dan layak ke suku akhir.. Daddy kata nanti kita pergi lagi ye.... Luar Stadium, Daddy belanja Dania n Sara jersey baru...


Nie antara koleksi gambar kami menonton perlawanan bola sepak kat Stadium Shah Alam.. Kami seronok sangat dapat habiskan masa bersama-sama.. Sambil tengok bola boleh layan diorang berdua nie.. Diorang pon dapat belajar berkawan sebab kat tempat kami duduk nie bisanya ramai family yang ada anak... Kalo kat bahagian centre tue, sesak.. Kenalah pandai pilihkan untuk keselesaan semua....









Rabu, September 10, 2014

Hampir siap mengemas & Syok main Dough...

Selamat petang... 

Harini takde kerja sangat, tapi takde mood pulak nak mengupdate blog.. Dah petang-petang nie baru datang semangat nak menaip.. huhu..

Hari Isnin 1 September 2014 semua orang cuti ganti sempena Merdeka..Tengahhari tue ada buat Tahlil dan makan-makan kat rumah Opah... 16 September nie genaplah 2 Tahun pemergian Arwah Tok Hassan... Masih teringat lagi masa Ustaz sahkan Tok dah takde.. Cute Mum pula masa tue tengah tunggu hari nak bersalinkan Sara... Lepas je makan kami semua solat berjemaah.. 

Selepas tue, kami menyambung misi mengemas Kedai Dania Bowl Trading... Awal pagi partner Daddy dah mop lantai.. Kami sampai tinggal letak semua Sample Trofi yang ada dalam rumah.. Bila dah keluarkan barang, rasa kosong je rumah...  Sebelah rak berdepan dengan pintu masuk tue kami letak semua Trofi.. Rajin Dania menolong.... Time nie Sara tak ikut, tido dan MIL suh tinggalkan je kat rumah MIL...





Hasilnya... penuh rak dengan trofi... Masa nie rasa sangat terharu sebab impian kami nak buka kedai trofi tercapai... Ditambah pula dengan Printing... Semoga bertambah majulah bisnes kami sekeluarga nie.. AMIN...



Dah petang, Sara pon sampai... Diorang boleh lepak main hp.. Nanti bila semua barang dah masuk... Bolehlah letak tikar kat sini.. 


Settle kemas, kami balik rumah rehat dan buat apa yang patut.. Malam tue lepas makan malam, Daddy ajak pergi Kedai DIY kat Warta.. Nak beli barang lagi macam Extension Plug, Alas kaki, selipar tandas dlll.... Bila dah masuk kedai nie, mata budak berdua tue pon rambanglah.. Pandai masing-masing berjalan mencari apa yang nak.. Bila dah puas memilih , bawa masuk bakul kat Daddy... Huhu... Kesian Daddy kena paw....Kami shopping sampai kedai nie tutup... Pukul 10 malam dah rasanya...



Sampai kat rumah, ingatkan nak berehat.. Dah sakit badan 3 hari mengemas kedai.. Itu pon banyak lagi kerja kena buat... Dengan nak esok nak pergi kerja lagi... Tapi tak dapat peluang langsung.. diorang berdua ajak temankan main Yummy Food Dough Set nie... Oklah jom....





Seronok betul main benda alah nie rupanya... Bila dah bosan, diorang main basikal pulak.. Masa nielah baru ada peluang tengok Drama Korea yang dah rekod... Banyak rekod, masa nak tengok je takde... Dah pukul 12 malam... Jom masuk tido... Esok mummy ada banyak kerja nak buat kat Ofis... (itulah sebab 1 minggu lepas tak update blog)

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy