Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Selasa, Oktober 05, 2010

Implanon... Kaedah Perancang Keluarga...

Cute Mum nak ucapkan terima kasih lah pada Isteri2 n Ibu2 yang sudi kongsi maklumat pasal Perancang Keluarga... Ramai gak bagi cadangan Implanon.. Jadi Cute Mum pon search lah info pasal Kaedah Implanon nie...


Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.
Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.
Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
Implanon boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 350 manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. (Harga mungkin dah lain sekarang...)Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.


Video Pemasangan Implanon...



25 comments:

mama zharfan berkata...

implanon antara kaedah yg paling minimum side effect..as for myself, me tak de period since mac ari tu sampai now, lsp psg, dpt 2 kali period, then tak de langsung..me dh tanya doktor yg psg kan implanon tu, dia kata oklah tu, memang akan jd gitu..a lot better than period memanjang..sbb ada gak kes2 gitu

umialya berkata...

Pembetulan
klinik LPPKN harga implanon RM320, bukannya RM 200

SYaMiLa berkata...

camtu yea caranya nk masukkan implanon ni...hmmm...baik plan semulajadi la...bg sya la...lain individu lain caranya kan...

Cute MuM berkata...

@umialya : me pon xtau harga sebenar berapa.. itu copy dari sumber internet jer..
TQ bagi info...

.s.o.f.i.a. berkata...

entri nie pun taknak komen gak untuk membuktikan saya masih dara...... =)

EiJa ZaQuaN berkata...

my friend guna implanon ni wat kat an-nur dlm RM600++

mmg okey la..selamat berbanding IUD masuk kat bwh..implanon kat bwh lengan jerk..tp side effect dia..period dia selang seminggu dtg..susah jgk..

me merancang sndiri jerk..sib baik planning baik punyer..zaquan dh 2 thn 3 bulan..tgh tunggu nak bagi zaquan adik jerk lg ni..hik3..

Cute MuM berkata...

@ sweetmama :boleh tahan gak yer harganyer... usahalah keras sikit.. mesti dapat punye.. xsabar nak dpt ank buah baru.. huhuh..

Momma Mia berkata...

Dear, me pun sama cam mama zharfan. Start pakai bulan May. lepas 2 minggu period dtg 2x. pastu tak dtg dah smpai skrang ni.. seronok dpt posa penuh tahun nih...

Cute MuM berkata...

@ Momma Mia : xper ker kalo xdtg period lama??

EiJa ZaQuaN berkata...

itu la..maybe sbb wat kat klinik swasta ni mahal la sikit kot..tp mmg br jerk 3 bulan lepas dia wat kat an-nur bangi.

insyaallah..tahun depan ade kot anak buah baru..wink..wink..

Cute MuM berkata...

@sweetmama: kompom ker tahun depan?? dah ade ker?? suke nyer... nnt naik flight kene hati2...

♥♫♥EiRa♥♫♥ berkata...

wow..takut btl eira tgk jarum besar..
berair mata ni...hehe

yuzlinayusri berkata...

Salam,
sy br insert implanon pd 3/11/11..since that day,sy x period dh 2 bln..adakah itu normal? any one cn answer me?
tQ..

yuzlinayusri berkata...

Salam Perkenalan buat semua kaum wanita..sy pernah kai iud selama 3 bln..tp remove sb suami x suka,dia rs menyucuk..(hihi) lg salu period pnjg sgt..bln puasa aritu sy blh puasa semgu shj..skrg dh insert implanon pd 3/11/11..dan skrg x period dh 2 bln..cne tu ye? adakah sy normal? risau neh..

Tanpa Nama berkata...

@Momma Mia

sama mcm saya, psg implanon may lepas.. Pastu period 2x jer, till now blom period lg.. Risau gak, kot2 berisi lg, tu yg google psl implanon.. Syukur coz rupanya ramai yg pakai mengalami perkara yg sama.. Snang rasa hati ni.. :)

Tanpa Nama berkata...

salam semua,, saya bekas pemakai implanon, dr may 2010 sampai oct 2012 dah 2thn 6bln jugak pakai.dr mula pakai sampai ogos 2012 br dtg haid.agak2 2thn lebih tak dtg haid,tp pas tu dr ogos sept oct nov dah hampir 4 bln dtg haid berpanjangan 2 @ 3 hari je berhenti pas tu dtg balik,, tu yg bukak rimas pun ada. skrg nie dah bukak rasa ok sikit sbb makn pil berhenti darah.doktor kata hormon sy terbalik.biasanye mula pakai jd mcm nie,,ini dah 2thn lebih br jd... ok jugak la masa mula pakai 58kg dah 2thn pakai 53kg,,,masa pasang rm450.bukak rm50.

Tanpa Nama berkata...

Gambar insertion tu gambar lama mungkin boleh download implanon baru. Side effect implanon berbeza bagi setiap org tapi keberkesanan 99%.Insertion Di LPPKN RM 320 dan removal RM 100. Saja nak kongsi information..

Tanpa Nama berkata...

Xpe x dtg priod lma pas psg implan tu..hr tu dh tny kt LPPKN,dia ckp lg la ok xde priod dr priod memnjg..

Tanpa Nama berkata...

dah setahun saya pkai implanon..haid setitik sahaja,,yg paling saya runsing kan..saya kena darah tinggi..mcm mana..n bukak atau biar..

Tanpa Nama berkata...

saya pakai mirena iud. dah nak masuk 5 tahun. best! haid xde, sakit cramp haid takde, bersama suami pun tak risau kot terlekat ke...sangat efektif dan serasi. cuma sakit bila doktor nk masuk & keluarkan.

moicai berkata...

Kna tmbk sbuln 2x

moicai berkata...

Hahaha owg bru

moicai berkata...

Haid sya xmenentu.

Tanpa Nama berkata...

Sya pakai implanon dh sethn stgh.efect slma sya pkai hgga skrg x prnh dtg period lngsg,dlu sblum pkai period sya normal tiap2 bln mst dtg.berat badan tambah menjadi2 sya jd risau pe ptt sya buat ptt ke bke alat ni

Yani Zakaria berkata...

as salam...
sy thg memilih xcara yg seduai utk merancang...mcm nak try impanon tp takut.. camne ye

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy