Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Jumaat, Mei 27, 2011

Pemenang Best Entri "My Cute Little Diary 1st Anniversary Giveaway"

Cute Mum nak ucapkan terima kasih kepada Peserta yang rajin buat entri menarik.. Cute Mum pon tak tahu nak pilih yang mana.. Setelah dibaca berulang kali Cute Mum telah memilih Entri ini..

*Copy dari SINI*





Assalamualaikum w.b.t pembuka kata
Buat Cute Mum yang ceria sentiasa
Salam perkenalan mengikat saudara
Meramaikan kenalan sesama kita
Moga ukhuwah berpanjangan hendaknya
Bertukar fikiran dan pendapat juga..:)




Blog Cute Mum - My Cute Little Diary setahun kini
Berkongsi cerita luahan hati
Agar pembaca dapat rasai
Suka duka yang menjadi memori
Bersama keluarga dan mutiara hati
Dania Alisha menjadi penyeri
Mengikat kasih suami dan isteri
Moga bahagia sentiasa mengiringi
Buat Cute Mum dan juga suami





Tertinta kisah menjadi kenangan
Berdebar di hati menunggu kelahiran
Berkongsi kisah dan juga pengalaman
Gambaran perasaan menjadi catatan








Dialah sahabat dan juga teman
Moga jodoh berpanjangan dan berkekalan
Tabah dan sabar hadapi ujian
Dalam melayari setiap cabaran
Adat berumahtangga perlu perjuangan
Dalam mencari keredaan Tuhan..








Dialah kasih penghibur jiwa
Peneman dikala tawa dan duka
Lambang cinta mekar berbunga
Tanda bahagia dalam berumahtangga..





Nida itulah yang digelarkan
Hasnidar nama ayahanda berikan
Seorang ceria dan suka berkenalan
Suka membaca andai ada kelapangan..:)

Seorang guru dan juga ibu
Sains dan Biologi subjekku itu
Seorang isteri buat suami yang satu
Dialah teman pengubat kalbu...:)

Jauh merantau mengikut suami
Menyambung pelajaran di peringkat tinggi
Mohd Hanafiah Ahmad tersemat di hati
Semoga citamu menjadi realiti...:)

Telah bersatu dua jiwa antara diriku dengan seorang insan yang bernama suami. Alhamdulillah, kini rumahtangga kami diserikan lagi dengan kehadiran tiga permata hati yang kami namakan Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah. 21 Mei ini genap 11 tahun aku dan suami disatukan dalam ikatan yang sah... Alhamdulillah, moga perhubungan ini dirahmati dan diberkati Allah selalu..ameeeennnn.

Aku seorang yang mudah mesra dengan semua orang, suka untuk menambah kenalan dan "happy go lucky" orangnya. Namun aku ini juga agak sensitif, mudah mengalirkan airmata. Bayangkanlah tatkala menonton cerita kartun yang sedih pun aku boleh menangis, terutama cerita Lion King.. walaupun sepuluh kali ku menontonnya, dan sepuluh kali itu jugalah aku akan menangis..:)


Kini aku jauh merantau di negeri yang asing demi pengorbanan buat suami tercinta, ku tinggalkan anak didikku buat sementara waktu, dan Insya Allah tahun depan akan ku kembali menyambung amanah dalam mendidik anak-anak bangsa setelah urusan suami dalam menghabiskan PhDnya selesai..Insya Allah.
(selingan gambar: aku dan antara anak-anak muridku)

Apabila ada masa senggang, inilah duniaku, suka melibatkan diri dalam contest, GA atau lucky draw. Aku terlalu jauh untuk membahagiakan hati seorang ibu, dengan cara inilah dapat ku buat ibu gembira. Semua hadiah yang ku menangi telah ku alamatkan ke teratak bonda, dan kebanyakan darinya telah kuberikan seikhlas hati untuk ibu tersayang. Semoga tatkala hadiah sampai, senyuman gembira akan terukir di bibir ibuku.. itulah niatku....
(selingan gambar: wajah insan tersayang...ibuku)

Menyentuh mengenai soal peribadiku lagi, aku meminati warna ungu, kerana warna ini tampak elegan apabila mengenakannya. Makanan kegemaran pula aku menyukai Soto dan Lontong (mungkin aku ni orang Johor kot).


Selain suka menyertai contest, aku juga meminati dunia fotografi. Buat masa ini aku masih baru nak belajar. Minat ini sebenarnya datang apabila melihat suami meminati dunia yang sama, jadi sebagai pembakar semangat secara tak langsung aku pun turut terpengaruh, kalau nak lihat hasil kami yang ntah apa-apa tu (almaklumlah baru nak mencuba), jom ke photoblog kami..hehe, http://ucualong.weebly.com/ dan http://ucualong.blogspot.com/.

Walaupun aku dibesarkan dalam dunia Sains, namun minatku dalam bidang Sastera amat mendalam. Dulu arwah abah melarang untuk aku masuk aliran Sains sebab katanya "Abah nampak bakat Along dalam dunia Sastera", tapi aku degil.. last-last inilah hasilnya, seorang insan Sains berjiwa Sastera. Aku berbangga kerana ditakdirkan menjadi seorang guru, kerana minatku dalam dunia sastera (sajak, pantun dan syair) dapat kusalurkan pada anak-anak muridku terutama apabila ada pertandingan yang berkaitan... Kadang-kadang pening orang melihatkan guru Sains melatih pelajar-pelajar untuk berpantun..hehe. Alhamdulillah kali pertama aku melatih pelajar-pelajar, sehingga ke tahun terakhir sebelum aku terbang jauh ke bumi NZ, sekolah kami setiap tahun menjadi johan Daerah..Alhamdulillah...

(selingan gambar: dunia pantunku)




Sejak aktif kembali dalam dunia contest alam maya ini (bulan Mac), maka sejak itulah nama Cute Mum telah Kak Nida kenal. Kadang-kadang Kak Nida ke blog Cute Mum untuk mengetahui maklumat contest terkini (maklumlah akak ni selalu tertinggal keretapi..hehe).


Sekian sahaja entriku ini
Kisah diriku untuk diketahui
Salam perkenalan ikhlas di hati
Buat Cute Mum yang manis sekali...


Ayuhlah rakan dan juga taulan
Bersama memeriahkan lagi pertandingan
Pasti Cute Mum gembira sakan
Melihat GAnya dapat sambutan..


Akhir sekali maaf kuhulurkan
Andai ada khilaf dan kesilapan
Moga diriku beroleh kemenangan
Moga impian menjadi kenyataan..:)

Tahniah Cute Mum ucapkan kepada Kak Nida.. Sila beri Nama Penuh, Alamat dan No Telefon kat komen box entri nie untuk proses penghantaran Hadiah..

Pada yang lain.. Tunggu keputusan Lucky Draw selepas ini yer..


Teror Menyanyi.. Joinlah Contest INI dan INI..

Berminat nak guna IPhone 4?? KLIK SINI..

14 comments:

dilazfamily berkata...

tahniah pada kak nida

Nana berkata...

tu dia panjang btol
tahniah kak nida

Myra Jay berkata...

Thniah Kak Nida.. :)

Kak Nida mmg padai berpantun ;)





Tolong Vote "Ada hadiah buat korang…"

Fadzillah Kamarudin berkata...

tahniah kepada pemenang...

Miza Yusof berkata...

tahniah kak nida :)

IntaNBerliaN berkata...

panjangnya.. mmg patut menang pun.. tahniah.. :-)

aanie berkata...

tahniah...kreatif tul...

Nida berkata...

Salam Uyun..

Ini entri penghargaan dari Kak Nida.. jemput jengah ek

http://nisajijah.blogspot.com/2011/05/sukanya-penat-lelahku-berbaloi.html

aNiM berkata...

tahniah kak nida.
kak nida memang juara best entri kat mana2 pun..dengan sajaknya..pantunnya..terbaikk..

amiey lee berkata...

wahhh etrbaik la....giler kreatif nye kak nida ni... huhuh

- Suraya - berkata...

Tahniah kak nida...

- Suraya - berkata...

Tahniah kak nida...salam perkenalan...

Lelord berkata...

wow!!! tahniah2

Mama Zharfan berkata...

congrats nida! besh entry ni :)

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy