Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Ahad, Julai 31, 2011

Vote & Menang!

*Sticky Post*

Cute Mum nak minta tolong kat kawan-kawan Vote Pic Cute Mum untuk Contest MyWrangler nie.. Cute Mum akan buat lucky draw kepada yang sudi vote..

Caranya..



Jangan tinggalkan nama dan No Vote anda kat sini yer.. Boleh guna akaun FB saudara mara juga..Pastue Vote Cute Mum setiap hari yer.. Dah vote tinggalkan no vote.. Senang jer kan..

Kalo rajin buat entry, Cute Mum tambah free gift..

Hadiahnya.. Barangan kosmetik..

Tarikh Tutup:
31 Julai 2011

Jumaat, Julai 29, 2011

Cantik tak wajah kami?? huhuhu..

Tadi Daddy ada tanya nak gambar pergi Stadium ker tak? Cute Mum malaslah pulak nak susahkan Daddy email gambar.. Tau-tau Daddy dah buat entri pon pasal pergi tengok bola nie.. Cute Mum pon curiklah gambar-gambar kami yang bersemangat nie..


Nampak tak betapa semangatnya kami.. Siap pakai Stiker kat muka lagi... Yang nie kebetulan turun jer LRT nampak ada orang jual.. 3 keping RM1.. Daddy belilah 6, seorang pakai 2.. Tapi kat Dania ada satu jer.. Yang lagi satu dah tak lekat.. Susah nak pakaikan.. Dania marah Cute Mum pegang muka dia.. huhu..

Tadi masa rehat Cute Mum pergi The Mines.. Tak sangka atas jalan still ada lagi yang pakai Jersy Malaysia.. Kat dalam The Mines pon ada jugak.. Wah.. Bersemangat sungguh korang semua kan.. Jersey kami dah selamat masuk mesin basuh.. Dah basah dengan peluh masa bersesak naik LRT semalam..



Voucher Tunai RM10 di TESCO.. Cepat Print.

Dah dekat nak puasa nie mesti ada yang berbelanja kat TESCO.. TESCO ada bagi Voucer Tunai RM10 apabila kita berbelanja RM100 dan keatas..


Cute Mum kalo pergi TESCO mesti berbelanja lebih dari RM100.. Sebab Pampers Dania n susu jer dah RM100.. Nanti jangan lupa baca terma & syaratnya sekali yer..

Semua telah habis dijual..

Tak sampai seminggu semua hadiah kemenangan Anmum nie dah selamat dijual.. Memang tak sangka dapat dijual dengan cepat.. Terima kasih tau kepada yang membeli tue..


Nasib baiklah Cute Mum sempat bergambar kenangan dengan hadiah nie dulu.. Duit yang Cute Mum dapat kumpul kompomlah kurang dari nilai RM2K.. Sebab dah jual dengan harga murah dari pasaran.. Oklah tue.. Banyak tue rezeki yang Cute Mum dapat..

Cute Mum jual barang nie sebab tak pakai .. Dan duit itu Cute Mum akan guna untuk beli barang yang Cute Mum nak sangat sebagai ganti .. At lease bolehlah ingat Hadiah Kemenangan Anmum...

Insyaallah hujung minggu nie akan cuba servey harga.. Kalo ngam.. Cute Mum terus beli..Memang dari dulu nak beli benda nie.. Tapi duit yang dikumpul belum cukup.. Dah dapat peluang camnie, mana boleh sia-siakan.. TQ Daddy yang berikan cadangan..

Apa barang yang Cute Mum nak sangat tue?? Cubalah teka kalo rajin.. huhuhu..


Datang nak kritik ke nak sokong nie??

Penatnya badan nie.. Sampai terbangun lewat pagi tadi... Ditambah pula dengan hujan.. kalo tak terjaga tadi mau kami tak pergi kerja.. huhu.. Bila sampai Cute Mum buka FB jap... Erm.. Macam-macam yang ditulis pasal Perlawanan Bola Sepak semalam..

Setiap orang ada pandapat masing-masing.. Semua orang berhak meluahkannya.. Jadi Cute Mum pon berhak jugaklah kan meluahkan perasaan kecewa..

Cute Mum bukan kecewa dengan pasukan Harimau Malaya.. Tetapi dengan penonton perlawanan semalam.. Sebab mereka bukan penyokong.. Penonton hanya akan gembira bila pasukan yang mereka sokong menang.. Tapi bila dah nampak takder harapan.. Terus mengkritik.. Kata macam-macam.. Kalo rasa rugi keluarkan duit beli Jersey dan Tiket pastue bersesak-sesak dengan orang ramai, baik tak payahlah datang.. Duduk rumah jer... Ini tidak.. bising-bising kat seat penonton mengkritik.. Mengganggu orang lain nak terus menyokong..

Cute Mum memang geram tau semalam dengan penonton-penonton macam nie.. Bila first half takder GOL diorang dah mula kritik-kritik.. Pastu 2nd half dah GOL.. terus tukar statement kata Malaysia ada harapan nak menang... Tak lama pastue Singapura GOL.. terus kritik balik.. Kata pemain Malaysia nie main tak best kalo Penyokong ramai datang.. pasnie mesti Stadium kosong sebab kalah.. Kata nak balik dululah.. Dalam hati Cute Mum rasa nak suruh jer die balik time tue jugak..

Memang betul kita kecewa bila Pasukan Malaysia tak layak keperingkat seterusnya.. Tapi janganlah nak mengkritik jer.. Teruskan menyokong.. Sebab kita patut berbanngga Anak Malaysia mampu sampai keperingkat itu dan tidak menggunakan pemain Import dan "Taktik KOTOR" pasukan lawan..

Kepada penyokong setia Pasukan Malaysia, Cute Mum tabiklah kat korang.. Walaupon harapan semakin tipis, korang tetap bersorak dari awal hingga akhir.. Tanpa korang, mesti Stadium tue dah senyap sunyi dari sorakan tapi penuh dengan kritikan..

Kepada pemain Singapura.. Udah-udahlah tue buat lakonan.. Kami meluat sangat tengok lakonan Over korang tue.. Sikit-sikit tergolek.. Padahal bukan tak boleh bangun sendiri.. Saja nak lambatkan permainan.. Padang bola sepak bukannya pentas lakonan...


Gambar sendiri tak sempat nak uploadlah.. tertinggal.. :) maaf kalo teremosi pulak pagi2 nie..


Khamis, Julai 28, 2011

Petang naik LRT jer..

Petang nie kami dah bersiap sedia nak pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan diantara Malaysia vs Singapura.. Daddy akan amik Cute Mum dalam pukul 5 Petang.. Pastue terus bersiap nak ke Stadium..

Dulu masa tengok Selangor vs Kedah tahun 2009 kami naik Motor jer.. Sebab dah tau jalan masuk mesti sesak.. Pastue nak parking pon susuh.. Kalo nie ada Dania,takkan nak naik motor.. Bahaya.. Nasib baik ada pilihan yang lain..

Kami akan naik LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Bukit Jalil.. Memang akan sesak.. Tapi lebih senang dari kami naik kereta.. Tambang sehala RM0.70 seorang.. Pergi balik untuk 2 orang baru RM2.80.. Sambil tue dapatlah Dania merasa naik LRT buat kali pertama..


Rasanya ramai jugak rakan Blogger yang turun Bukit Jalil malam nie.. Mesti susah nak terserempakkan.. Sebab 83 ribu tiket semua dah habis dijual.. Semangat sungguh semua Rakyat Malaysia..

Kesian jugak pada yang tak dapat beli Tiket tue.. Takper.. Jangan lupa saksikan secara langung di kaca TV rumah anda.. Mari kita beri sokongan kepada Tean Harimau Malaya...



Dah ketagih benda nie pulak..

Cute Mum nie memang pantang betullah kalo jumpa Game yang menarik.. Mesti dok mengadap sampai puas hati.. huhu....Pastue sambung kerja balik.. Dah tue bila penat.. sambung main balik.. Sebab tue Blog Contest dah berabuk.. huhu..

Jomlah main game nie.. Ada hadiah yang menarik..Cute Mum target nak dapat HP Samsung GALAXY MINI tue...


Tapi macam jauh jer lagi nak masuk TOP10..

Yang nie Ranking semalam..



Yang nie pula Ranking terbaru.. Walaupon Point naik..


Nampaknya kena teruskan usaha lagi nie.. Janji kerja kat Ofis siap.. :)


Dalam hati ada taman.. 2 Cek OTW!!

Harinie baru Cute Mum perasan email yang membawa seribu kegembiraan buat Cute Mum dalam berblog.. Selain dari dapat hadiah join CGL.. Cute Mum dapat jugaklah tambah-tambah duit poket sikit dengan Blog..

Email itu datangnya dari HSBC... Maknanya Cek Nuffnang dalam perjalanan ke rumahlah nie..


Dan paling mengujakan bila dapat email dari HSBC untuk Cek ChurpChurp... Ini kali pertama dapat income dari ChurpChurp..


Alhamdulillah... Tak sabar menunggu 2 Cek tersebut.. Harap kami sekeluarga dan anda semua akan terus dimurahkan rezeki.. AMIN..


Nak makan apa nanti nie??

Pagi-pagi nie otak jam pulak.. Mengantuk sangat.. Semalam tido sama macam biasa, mungkin terasa letih sebab buat biskut kot.. Dengan nak jaga Dania lagi dalam masa yang sama.. Sampai ayah Cute Mum kejut pon tak sedar.. Nasib baik tak lewat..

Sampai jer kat Ofis, tengok banyak gerai makan dah tutup.. Semua dah siap-siap untuk berniaga di Bazar Ramadhan.. Nie yang tak syok.. Sebab tinggal satu jer gerai jual lauk makan tengahari.. Kompom cepat habis punya.. Kalo turun-turun nanti dah tak der lauk.. Makan McD lah jawabnya.. Itu jer yang paling dekat.. Boleh jalan kaki.. Kalo ada kereta, bolehlah pergi makan kat tempat lain..

Orang lain dah start beli persiapan nak menyambut Ramadhan.. Cute Mum belum lagi.. Gaji belum dapat.. Harap BOS bagi gaji esok.. Boleh beli apa-apa yang patut..


Rabu, Julai 27, 2011

Takkan dah habis kot??

Cute Mum dengan Daddy dah bersemangat nak pergi tengok perlawanan timbal balik Malaysia vs Singapura hari Khamis nanti kat Stadium Bukit Jalil.. Daddy semalam awal-awal pagi dah pergi beratur nak beli Tiket.. Nasib baik dapat beli.. Adik Ipar datang pukul 4 Petang dah habis.. Nasiblah kalo hari nie boleh dapat..


Hari Ahad haritue kami dah siap belikan Jersy Malaysia untuk Dania.. Saiz 2 takder.. Yang ada Saiz 4 jer.. Daddy belikan jer.. Takut nanti takder saiz.. Yang susah nak cari baju untuk kami.. Satu Uptown Reko Sentral kami pusing.. Tapi semua dah habis..

Semalam kami pergi lagi.. Pon dah habis jugak.. Ramai giler orang bersemangat nak pakai Jersy Malaysia Khamis nie.. Malam nie Daddy ajak pergi Bazaar Malam depan The Mines pulak.. Cari kat sana.. Kalo takder jugak.. Cari kat Stadium jerlah.. Nasiblah kalo ada saiz..

Daddy kata tak syoklah kalo pergi Stadium tak pakai Jersy Malaysia.. Tak semangat... Harap pasukan Malaysia akan bangkit pada perlawanan kedua itu nanti.. Kami tak kisah berhabis duit beli Tiket & Jersy janji dapat memberi sokongan kepada Team Harimau Malaya..


"GOOD LUCK TEAM HARIMAU MALAYA!"


Design Terbaru Lagi!!

Saja nak Update Job terbaru Dania Bowl yang dah selamat disiapkan minggu lepas..Dan yang bestnya kali nie Daddy buat Design Baru atas permintaan Pelanggan..

Yang ini untuk KKTM Rembau..
Original Pin + 4pcs Pin 3.5 Inci



Original Pin (Manchester United) + Tapak Enam Segi..



Sesiapa berminat nak buat tempahan di Blog Red Giant @ melihat koleksi Dania Bowl, klik DANIA BOWL


Siapa nak Voucher Giant RM20 untuk beli Susu Anmum@Anlene@Frenleaf dengan harga RM15?? Ada 15 keping sahaja lagi..

Cubit peha kiri, Peha kanan terasa jua..

Apa main-main cubit nie.. Ini cuma bahasa kiasan.. Yang membawa maksud "jika seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan"

Macam tuelah keadaaan yang sedang Cute Mum hadapi.. Sejak dah duduk serumah dengan Family sendiri.. Banyak cerita yang baru Cute Mum tahu... Bukan diorang tak pernah cerita masa kami berjumpa minum malam atau call.. Tapi kali nie lebih details apa yang sedang berlaku..

Cute Mum taknaklah masuk campur.. Cuma timbul rasa kesian kepada salah seorang ahli keluarga yang ditimpa musibah tue.. Jangan kata Cute Mum jer yang dah perasan, saudara mara lain pon boleh nampak sesuatu telah berlaku pada dia walaupon tidak tahu apa sebabnya..

Kami mendoakan segala yang terbaik untuk mereka.. Fikirlah dengan jiwa yang tenang sebelum membuat sesuatu keputusan.. Mohonlah pada ALLAH supaya memberi petunjuk untuk selesaikan masalah ini.. AMIN..

Hidup Dihantui dengan panggilan mereka!!!

Tadi tengah buka blog cari Idea nak buat entry.. Tetiba nampak iklan nie yang sedang elok menari-nari..


Terus hati Cute Mum membara.. Kenapa?? Sebab hidup Cute Mum sekarang rasa tak tenang.. Setiap hari diorang call.. Kalo tak dari London Weight, dari Yun Nam.. Tak pon dari New York.. Tension tau.. Berkali-kali diorang call..

Cute Mum dah kata tak jadi nak buat Treatment tue.. Pastue bagilah alasan sibuk hujung minggu.. Kalo hari kerja memang tak boleh nak pergi.. Nanti siapa nak jaga Dania.. Tapi diorang nie tak paham-paham jugak.. Asyik call suruh datang jugak.. Katanya jangan risau.. semua nie free khas untuk you.. Erm.. Betul ker??

Last-last Daddy tolong jawabkan.. Bagi tahu Cute Mum tak der sampai dekat raya nanti.. Pergi Outstation.. Handphone tak bawa.. So orang tue kata takperlah.. Nanti dah dekat Raya saya call balik.. Aduh! Tak paham-paham jugak.. Sejak hari tue barulah HP Cute Mum takder panggilan dari mereka..

Kenapa Cute Mum tak jadi nak pergi?? Sebab dah boleh agak strategi mereka.. Dan bila baca entri seorang yang dah pergi, lagi lah Cute Mum taknak.. Kalo nak tahu kisahnya.. Baca entri INI..

Ada juga yang terkena sama macam Cute Mum ker?


Selasa, Julai 26, 2011

Blog Ini dah takder BE..

Baru jer Happy dapat BE.. Sekarang dah tak happy.. Blog Cute Mum n Blog Contest dah takder BE.. Tinggal satu jer kat Blog Puncak Sakti.. Takperlah.. Janji dapatlah Cute Mum kumpul RM13.19..


Sekarang tinggal lagi RM7.39 jer dah boleh nak Cashout.. Tapi buat masa nie tak pikir pon nak Cashoutkan.. Nak simpan untuk hujung tahun depan.. hihi..

Harap Nuffnang baik hati bagi BE lagi kat Blog nie yer..

Nasib Baik Sempat Bergambar... Tinggal Walkman & 15 Keping Voucher jer..Siapa nak cepat!

Semalam baru Cute Mum dapat Hadiah kemenangan dari Anmum.. Malam sebelum tido Cute Mum cakap ngan Daddy nak amik gambarlah.. Mana tau tak sempat nak bergambar ke nanti.. Tue yang muka seposen jer tue.. huhu..


Kenapa Cute Mum kata takut tak sempat? Sebab Cute Mum nak jual barang-barang nie.. Cute Mum tak pakai pon.. Daddy kata dari simpan jer.. Baik jual kat orang.. Mana tahu ada yang memang nak beli.. Duit tue boleh simpan untuk beli benda yang Cute Mum nak..

So harinie Cute Mum dah selamat Jual beberapa barangan.. Terima kasih kepada yang sudi beli..

iPod Touch 32G 4th Generation nie paling Top orang tanya.. Tapi Cute Mum jual kepada yang paling cepat.. So dah selamat pon menjadi milik orang lain.. Kejap lagi Daddy nak poskan..


Voucher RM20 Giant nie ada 25 keping..Dania tak minum susu nie.. Tue yang nak jual..Tapi sekarang tinggal 15 jer.. Dah ada yang beli.. Cute Mum tolak RM15 sekeping.. Vaucher nie hanya boleh beli "Anmum, Anlene and Fernleaf Milk Powder only".. Expired 31 Jan 2012..


Dan yang tinggal Sony E Series Walkman nie sahaja.. Cute Mum nak jual RM350 termasuk accesories dan postage.. Kalo berminat boleh bincang kat FB @ mamiuyun@gmail.com..


Kalo ikotkan hati memang sedih tau.. Sebab first time menang hadiah best camnie.. Tapi Daddy kata, kalo ada rezeki tak kemana.. Biarlah orang lain yang nak guna yang pakai.. So Cute Mum harap orang yang beli itu akan gembira dengan harga yang Cute Mum tawarkan.. :)


Rezeki Menang GA...

Alhamdulillah.. Rasanya dah lama Cute Mum tak join CGL.. Tak tahu kena takder mood jer .. Kalo dulu, pantang nampak.. mesti nak join.. Kali nie bila datang mood baru join.. Takper2.. Nanti Cute Mum cari balik mood tue..

Apa-apa pon.. Alhamdulillah nama Cute Mum naik untuk "Gift Suprise" anjuran Sweet Lizahanum.. Ramai yang menang.. Cepat-cepat check..


Selain tue Cute Mum tersenarai dalan TOP13 Contest Bersama Bear..



Tahniah kepada semua pemenang dan good luck kepada yang masuk Top tue.. :)


p/s: Kemenangan ke-13 di bulan Julai 2011
Total Kemenangan 2011 : 170

Pening + Cepat Lapar !! Adakah??

Dari minggu lepas Cute Mum perasan sesuatu.. Kepala nie asyik pening jer... Pastue rasa cepat lapar.. Tak macam dulu..

Selalunya Cute Mum sarapan pukul 9 pagi.. Masa sampai ofis terus makan.. Pastue turun makan tengahhari pulak dalam kol 2-3 ptg.. Pastue makan malam pukul 9 malam.. Kalo Dania tak meragam.. pukul 8 malam dah makan..

Tapi sekarang.. Bangun pagi jer dah rasa lapar.. Sampai ofis terus sarapan.. Pukul 11 lebih jer dah terasa lapar.. Bila Cute Mum tahan turun pukul 1 tengahari.. Kepala dah start pening.. Dah tue pukul 4 lebih rasa lapar balik.. Kalo Daddy datang jemput awal.. Cute Mum sempat makan roti canai dulu sebelum sampai rumah..

Cute Mum pon mengadulah kat Daddy.. Daddy boleh senyum-senyum.. Pelik sungguh.. Orang sakit die senyum..Bila pikir, baru Cute Mum paham kenapa Daddy senyum.. Rasanya awal lagi kot kalo nak pikir, sebab awal bulan haritue Cute Mum period..

Tahlah.. Kalolah betul.. Cute Mum terima jer.. Dah rezeki .. Kalo bukan.. Mungkin Cute Mum tak sihat..



Nak minta tolong like komen Cute Mum kat sini..

1) Add https://www.facebook.com/profile.php?id=100002556751190

Selagi tak dapat..

Lepas siap kerja kat ofis.. Kami terus bergegas ke rumah Mak usu kat Bandar Seri Putra.. Kami sampai jer orang surau pon dah selesai makan.. Kira lambat gaklah kami sampai.. Perut pon dah lapar.. Terus makan.. Dania ada ramai yang nak tolong jaga..


Tapi Cute Mum perasan..sejak Dania dah semakin membesar nie.. Semakin kuat merajuk dan kalo boleh nak kita ikot cakap die jer..


Kalo tak dapat.. Mesti Dania mengamuk.. Pastue merajuk macam nie.. Bukan kira kat mana.. Janji Dania nak apa yang dihajati..


Masa nie Dania nak sangat naik kat belakang Hilux nie.. Masa tue Dania nampak Daddy tolong Atok angkat barang Katering.. Sebab Family Cute Mum yang sediakan khidmat katering nie..


Bila dah dapat barulah happy.. Kalo tidak.. Penat kami dibuatnya.. Dania.. Dania..


Memang budak-budak dalam fasa pembesaran nie berperangai camnie ker?? Susahlah kalo nak pergi Shopping baju raya nanti.. Dania jangan notti yer sayang..


Susahnya kalo kerja buat Tender...

Hari Jumaat yang lepas, Cute Mum cuti sebab hantar Dania pergi Hospital Serdang tue.. Jadi memang tak sempat nak buat satu lagi Tender untuk hantar hari Isnin.. Kalo Cute Mum tak buat, siapa lagi yang nak buat.. Takkan BOS kot..

Jadi hari Ahad pagi-pagi Cute Mum dah pergi ofis.. Selepas sarapan, Cute Mum cepat-cepat buat kerja.. Dania mula-mula ok jer.. Main sorang-sorang.. Tak nangis pon.. Daddy main game kat Laptop kat depan..


Pastue bila Dania dah bosan.. Dania kacau mummy.. Nak menyusulah.. Pastue bila dah kenyang Dania, Cute Mum bagi main typewriter.. Tekan-tekan.. Bila Cute Mum pusing jer, dah habis correction tape Dania tarik..


Yang paling wat Cute Mum tension.. Tengah Cute Mum menaip.. Dania tutup CPU.. Hangin satu badan dibuatnya.. Bila pangku, Dania mengacau jugak.. Cute Mum nak siapkan cepat sebab lpeas Zohor ada Kenduri Tahlil kat Rumah Makcik... Tak eloklah kalo datang lambatkan..


Daddy pula asyik buat lawak jer.. Main-main kat depan bilik Cute Mum.. Nak buat Cute Mum ketawalah tue.. Huhu..


Nasib baik Cute Mum dapat settelkan pukul 1 tghari.. Kadang-kadang rasa berat sangat buat Tender nie.. Tak boleh nak cuti sangat.. Sebab tender ada dateline.. Pastue BOS pulak suka bagi 2 hari sebelum tarikh tutup.. Bagi die senang kot.. Die tak pikir susah nak kira harga.. Tapi nak buat camner.. Dah makan gaji.. Kenalah buat jugak..


Isnin, Julai 25, 2011

Ipod Touch 32G + Sony E Series Walkman dah sampai...

Ini entry singkat harinie.. sebab BOS ada.. takleh nak online.. Nanti kantoi pulak Cute Mum ada Blog.. huhu.. Habis semua rahsia terbongkar nanti..

Minggu lepas Cute Mum ada kata dapat panggilan dari Annum.. Tadi baru Cute Mum dapat Parcel tue.. Nak amik gambar, tapi tak jadilah.. Nanti BOS tau Cute Mum ada iPOD.. Jeles die nanti.. haha..


Tapi kan.. Cute Mum terasa nak jual lah barang tue.. Ada ker yang berminat nak beli?? Cute Mum bagi harga yang baik punya.. Kalo ada bagitaulah yer.. email Cute Mum di mamiuyun@gmail.com atau FB..

iPod Touch 32G Color Chrome


Sony E Series Walkman NWZ-E454/B color Hitam


Voucher RM20 x 25 Keping (Boleh beli Anmum, Anlene @ Fernleaf Milk kat Giant)


Pastue nak minta tolong like komen Cute Mum kat sini..

1) Add https://www.facebook.com/profile.php?id=100002556751190

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy