Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Khamis, Mei 03, 2012

Dania Bowl FD @ Genting Highland ~ Indoor Theme Park

Ok.. Sambung lagi cerita kat Genting.. Masa kami tengah syok isi perut kat KFC, hujan turun dengan lebatnya.. Memang ramai orang berpusu-pusu masuk dan main kat Indoor First World Hotel.. Kami yang dah kenyang terus ke Kaunter Tiket.. Ingatkan nak beli jer tiket All Park, tapi akak akunter tue kata semua mainan kat luar belum buka lagi dan masih basah.. Last-last Daddy beli tiket Indoor sahaja untuk Dania dan Zaquan..

Bila dah pakai wristband, mulalah mereka tak meyempat nak main.. Yang Zaquan nak main sekali dengan Dania.. Tapi pilihan masing-masing berbeza.. Dania nak naik Kuda.. Zaquan nak naik kereta.. Dah pening.. Daddy bawa Dania, Cute Mum bawa Zaquan..

Disebabkan cuti umum, ramailah budak-budak nak main.. Yang diorang nie tak reti sabar.. Dah pening kepala Cute Mum nak jaga.. Nasib baik Ayah Cute Mum dapat tolong jaga Zaquan sementara Dania naik kuda..

Mula-mula muka masam jer...


Pastue dah start main, barulah suka.. Siap pose gedik lagi...


Lepas Dania naik Kuda, Dania pergi beratur sama-sama dengan Zaquan.. Diorang pon naiklah Kereta yang konon-konon naik Genting tue.. Tak sempat nak snap gambar sebab terlalu ramai orang kat situ... Diorang pon dapat naik sekali jer.. Tak larat nak beratur semula..

Tak puas main kat sana, Zaquan ajak main Bumper Car pula.. Papa Zaquan kata die memang suka main mainan nie.. Kenalah beratur panjang jugak.. Sebab kat sana sekejap hujan sekejap tak..Memang ramailah main kat dalam jer..


Walaupon tinggi Dania ngam-ngam jer 76cm.. Tapi takleh naik sorang.. Dania jadi co pilot Zaquan jer..


Mula-mula nampak macam Dania takut.. 1st time naik..Lagi-lagi time Zaquan langgar kereta orang..


Dah lama tue, Dania syok pulak.. Rasanya diorang ulang 2 atau 3 kali games nie..


Bila dah terlalu ramai, Dania pon makin rimas.. Takleh nak main dengan puas.. So kami pergi jalan-jalan kejap dalam First World tue..


Kebetulan lalu ada pertunjukan kat atas pentas.. Layan jap tarian..


Tak lama pas tue kami pergi main Games kat Hotel Genting pula.. Kat sana tukar token dan mainlah apa yang patut.. Dania dapat keychain, Zaquan dapat Patung Zirafah.. Dah puas main diorang pon tido...

Kami singgah lepak kat Kedai Makan berdepan dengan Pintu Masuk Rumah Hantu.. Kelakar kat sana Zaquan takut sampai nak makan pon tak lalu.. Minum teh tarik jap pastue terus balik bilik berehat... Penat jugak kaki kami berdiri jer sepanjang masa kat sana.. Tak der tempat nak duduk.. Setiap pelusuk ruang ada jer orang... Genting yang sejuk pon jadi panas.. huhu..

2 comments:

syawalsimpsons berkata...

BEST DANIA NI MMG DAH SUKE NAIK SEMUA2 NI...BAWAK BERJALAN..KALO SYAWAL NI ,..MMM...PAYAH LA UYUN...KONPOM NANGIS...TAK BIASA..

Cute Mum berkata...

@syawalsimpsonsbudak nie kena biasakan jugaklah sue.. kalo tak susah nak ajak berjalan.. Dania dari kecik lagi dah bawa.. tue yang senang nak control.. agak2 mengada kena jugak.. hih.

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy