Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Selasa, Januari 31, 2012

Emosi terganggu, Maafkan Mummy Dania..

Perasaan Cute Mum sekarang nie tak sabar nak balik jumpa Dania.. Kenapa??

Sejak kebelakangan nie, badan Cute Mum selalu lemah.. Kepala pening jer.. Kalo kat ofis pon nak buat kerja tak larat.. Sekejap jer berhenti, baring.. Bila balik rumah memang rasa nak berehat jer.. Sebab tue kat rumah dah jarang Cute Mum online.. Mood nak join Contest pon kurang..

Dania nie pula pantang nampak Cute Mum baring.. Die mesti nak datang minta BF.. Cute Mum bukan tak nak bagi, tapi tak boleh tahan sakit bila Dania hisap.. Lagi-lagi bila tangan Dania takleh duk diam.. Meraba dan mengentel.. Sangat tak selesa.. Dania bila tak puas, Dania tak nak lepas.. Kadang-kadang terpaksa tarik bila Cute Mum dah tak leh tahan sakit.. Nanti Dania mula menangis takpon bila tau Cute Mum nak tarik, die gigit.. Kadang-kadang sampai menjerit Cute Mum tau..

Sama gak kes malam tadi.. Cute Mum yang plan nak tolong Daddy dah tertido kat sofa.. Last2 terjaga sebab dengar suara Daddy tegur Dania jangan usik Pin Boling tue.. Cute Mum terus bawa Dania tido dalam bilik.. Macam biasa Dania nak tido wajib BF.. Tapi bila badan Cute Mum dah sakit nak tarik, Dania gigit.. Adoi.. Naik angin juga dibuatnya.. Pastue Dania terus tertido..

Elok jer tengah tido, Dania nangis-nangis tendang-tendang badan dan perut Cute Mum.. Sakit yang amat.. Cute Mum terus naik angin dan marah Dania.. Dania menagis minta Cute Mum pujuk.. Tapi hati panas jer masa tue, biarkan jer Dania menangis sampai tertido..

Bila pagi Cute Mum bangun nak pergi kerja, terus rasa bersalah pula tengok wajah Dania.. Rasa nak menangis jer bila teringat apa Cute Mum dah buat kat Dania malam tue.. Kesian Dania.. Selalu pagi Dania bangun bila diangkat kerumah Nenek.. Tapi pagi tue tak.. Dania masih tido.. Cute Mum sempat cium dan belai Dania..

"Dania.. Mummy minta maaf sangat-sangat.. Bukan niat Mummy nak buat Dania macam tue.. Tapi Mummy memang dah tak larat sayang.. Bila kesihatan Mummy dah okey, Mummy akan cuba layan Dania dengan baik yer... Yang pasti Mummy sangat sayangkan Dania.. Tak sabar nak jumpa Dania petang nanti..."

Double Winning Entry ~ Lisa Malaysia &OneMobile.com.my

Hari terakhir sebelum masuk bulan Februari, Alhamdulillah ada lagi rezeki buat kami sekeluarga..

Semalam dapat SMS menang Promosi Lisa Isu#3.. Kali nie dapat Hamper Palmolive bernilai RM100.. Baguslah.. Boleh Daddy ambil sekali dengan hadiah Trudtox yang menang haritue.. Cute Mum suka dapat hadiah camnie sebab jimat duit beli mandian.. Cute Mum tak pernah pakai satu brand jer.. Mana yang ada, Cute Mum pakai.. Daddy macam biasa pakai Sabun ketul Fruitale yang hadiah Cute Mum dapat dulu..



Kedua lepas balik cuti CNY, Cute Mum menang Angpow Cash Voucher RM18 dari OneMobile.com.my.. Tapi macam tak sempat jer nak guna Voucher nie.. Kena redeem kat Sunway Piramid..


Syukur, Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan..

p/s: Kemenangan ke-21 & 22 di bulan Januari 2012
Total Kemenangan 2012 : 22

Kemudahan Asas yang patut disediakan..

Sebenarnya dah lama terpikir nak buat entry pasal satu kemudahan asas yang patut disediakan oleh pengusaha kedai makan.. Sebabnya ia akan menyusahkan pelanggan yang ada anak kecil seperti kami..

Cuba tengok Dania duduk atas mana untuk makan??


Yer.. dia atas meja.. Mungkin nampak macam tak senonoh sikit.. Tapi itu jer cara untuk bagi Dania makan dengan tenang.. Sebab Dania tak suka makan sambil dipangku oleh Daddy atau Mummy.. Kami pon tak selesa nak makan kalo dalam keadaan macam nie..

Rasanya bukan salah kami pon terpaksa letak anak kat atas meja.. Kadang-kadang kerusi yang ada pon tak boleh nak tingkatkan mcam kat kedai mamak tue.. Sepatutnya pengusaha kedai makan wajib sediakan 2 atau 3 Baby chair.. Sebab zaman sekarang anak-anak dah tak mau dipangku.. Mereka lebih selesa buat benda sendiri..

Inilah pesanan dari Dania.. "Aunty & Uncle.. Nanti jangan lupa beli babay chair yer.. Susah kami nak makan.. "


p/s: Ini cuma pendapat Cute Mum yer..

Dulu pos ke Pahang, kali ini ke Sabah pula...

Selamat pagi semua.. Hari Selasa nie nak mulakan cerita dengan Latest Job Dania Bowl yang dah selamat di hantar kepada Customer.. Alhamdulillah rezeki berterusan bulan nie..

Dulu Cute Mum ada cerita kali pertama kami pos Piala Pin Boling ke Pahang.. Tempahan dari Universiti Malaysia Pahang.. Alhamdulillah sampai pada masa yang ditetapkan dan semua pin dalam keadaan baik..

Bulan ini pula kami dah selamat poskan Pin Boling ke Sabah pula.. Tempahan dari SIDMA COLLEGE..Pin pon dah selamat tiba kepada mereka...




Dan yang ini tempahan dari GSB Company.. Semua warna merah sebab color company die merah.. hihi..


Sekarang nie ada lagi 4 Job tengah disiapkan.. Semuanya perlu dihantar kepada Customer minggu nie.. Dan berita baik, Piala Dania Bowl dah lebarkan sayapnya ke Bahagian Utara pula.. Nanti dah siap semua Cute Mum share kat sini yer..

So sesiapa yang berminat nak tempah juga, sila ke FB Dania Bowl untuk maklumat lanjut dan koleksi terkini..

Isnin, Januari 30, 2012

Sambutan Besday Ayah @ West Country

Bulan Januari setiap tahun mesti akan meriah sebab sambut besday Mak & Ayah.. Tahun nie sambut asing-asing.. Sambutan besday mak 19 Jan kat Impian Maju.. Tahun lepas sambut sekali kat HR Steak House Kg Baru..

Dania yang dah excited nak sambut besday Atok..


Yea.. Walaupon belum masuk 30 Januari 2012.. Kami dah sambut besday ayah yang ke 56.. Tahun depan Ayah dah pencen.. Kerjanya honeymoon dengan Mak.. Tahun nie jer plan percutian dah penuh.. Untung rezeki lebih dapatlah kami join sekali.. hihi..

Seperti biasa.. Cucu yang akan over masa nak tiup lilin dan potong kek..



Lepas tiup lilin.. Wak Roman yang bantu Mak Cute Mum malam dirasuk tue tolong bacakan doa.. Ya ALLAH.. Semoga Ayah dipanjangkan umurnya, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.. AMIN..


Ok.. Dania & Zaquan potong kek... Kalo perasan, setiap kali sambut besday.. Mesti kek yang sama.. sebab tue jer kek yang kami satu family suka..


Menu malam tue Satay & penyat pisang.. Kami adik beradik yang belanja.. Panggil jiran-jiran yang sentiasa membantu Mak & Ayah bila ada catering.. Meriah jugaklah malam tue.. Kami pula sibuk layan AJL kat dalam rumah.. Suka tengok persembahan Alya...

Bila tengok gambar nie macam pakwe makwe tak?? hihi.. Selalu Zaquan tengok Dania main game. Kali nie Dania pula tengok abang Zaquan main game kat Tab Papa die.. Dania cibuk jer.. huhu..


Lepas siap kemas, kami pon balik rumah.. Daddy teruskan membuat Pin Boling sebab ada banyak tempahan perlu disiapkan dalam hari nie.. Cute Mum yang kononnya nak tidokan Dania dan tolong terus tertido sampai pagi.. Sorrylah Daddy.. Mummy asyik letih jer sekarang nie.. Malam nanti Mummy tolong yer.. :)

Seram dengar berita Mak Dirasuk..

Pagi sebelum Majlis Cukur Jambul Aqilah, Cute Mum dapat SMS dari adik.. Ya ALLAH.. Meremang bulu roma bila baca..






Semalam dengar cerita dari mulut adik sendiri.. Memang menakutkan.. Dari pukul 12 malam sampailah dekat 2 pagi barulah "benda tue" nak keluar dari badan Mak.. Adik kata lepas tue Mak terus kata badannya sakit dan sejuk.. Semua pon risau sebab Mak pakai bateri kat jantung.. Risau kalau apa-apa akan terjadi..

Cute Mum tak nak tuduh sesiapa yang buat sebab Cute Mum tau dalam bisnes atau kehidupan biasa, ada sahaja orang yang berhasad dengki dengan kita.. Orang yang hantar benda nie dengki dengan Mak sebab bisnes Catering Mak semakin maju.. Ramai orang datang buat tempahan untuk kenduri kawin.. Mungkin die rasa bisnesnya terancam.. Jadi menggunakan bantuan "benda tue" untuk membalas dendam..

Alhamdulillah Mak dah selamat... Tapi kami berdoa semoga keluarga kami akan sentiasa dilindungi ALLAH dari perasaan hasad dengki manusia ini.. Lagi-lagi yang minta bantuan ilmu hitam.. Semoga orang itu juga akan kembali kepangkal jalan ..

Cute Mum pernah ada pengalaman tengok orang dirasuk masa kat asrama.. Kawan baik Cute Mum sendiri.. Terkena saka dari kampungnya dan dicampur pula dengan mahlus halus yang ada di kawasan asrama.. Lepas sorang dirasuk, sorang lagi.. Masa tue adalah dekat 6 orang sekali yang dirasuk.. Seram sangat.. Kawan-kawan pernah ker ada pengalaman camnie?

p/s: Sebelum nie kami pergi Cameron Highland bulan lepas, Ayah Cute Mum pon terkena juga "benda" masuk.. Sakit tulang belikat.. Alhamdulillah sempat dikeluarkan..

Kenangan Majlis Cukur Jambul Dania Alisha 10 Julai 2010..

Tadi baru cerita pasal Majlis Cukur Jambul Aqilah.. Kali nie nak cerita kenangan Majlis Cukur Jambul Dania 2 tahun lepas.. Sekejap jer masa berlalukan.. Tapi memori disebalik Majlis ini tak dapat kami lupakan..

Seminggu sebelum Majlis Berlangsung.. Mak Cute Mum jatuh dari bangku dan terus dikejarkan ke ICU sebab lemah jantung.. Sebelum nie kami tak tau pon mak ada masalah tue.. Alhamdulillah Mak boleh keluar dari NICU sehari sebelum Majlis berlansung..

Semua idea dan tema ditentukan oleh Mak Cute Mum.. Kami ikutkan jer.. sebab masa tue Dania baru 42 hari kalo tak silap..Jomlah tengok gambar yang sempat Cute Mum upload..


















Kepada Dania.. Maaf ada gambar jer.. Mummy tak sempat nak cerita apa yang berlaku sepanjang majlis tue.. Apa yang penting, majlis itu sangat meriah dan disambut sekali dengan Anniversary Mummy & Daddy..

Kami Sayang Dania Alisha...

Majlis Cukur Jambul Nur Adriana Aqilah @ Kg Sg Ramal Dalam

Hari Sabtu 28 Januari 2012, kali pertama diadakan Majlis Cukur Jambul kat rumah MIL.. Sebab masa cucu pertama, Dania Alisha buat kat rumah Mak Cute Mum.. Meriah sungguh haritue pagi tue.. Dania pon seronok sebab ramai saudara mara datang..


Inilah dia baby yang nak dicukur jambul.. Nur Adriana Aqilah.. Tarikh Lahir 12 Ogos 2011.. Dah dekat dengan besday Cute Mum.. 13 Ogos.. hihi..Sekarang Aqilah dah 5 bulan.. Comel jer Aqilah pakai skirt sedondon dengan Ibunya Nurulhuda Azla..


Cantikkan buiaan Aqilah.. Sweet jer.. Inilah buaian yang sama pernah Dania & Arwah Hani guna masa Majlis Cukur Jambul.. Sewa ditempat yang sama..Cuma kali nie Aqilah punya ada tambah sangkar kiri dan kanan..


Dalam pukul 10 pagi, Marhaban dari Kaum Wanita Sg Ramal Dalam pon bermula..


Bukan main syok lagi Aqilah tido bila dengar Alunan suara merdu nenek nenek nie marhaban..



Selepas selesai Marhaban, mereka dijamu dengan Nasi Ayam & Kuih Muih..


Masa Marhaban tengah berlangsung, kami kat luar tengah sibuk memasak untuk Kenduri Doa Selamat kat rumah Nurul & Aimi.. Diorang baru pindah kat rumah sebelah rumah MIL.. Kira ditengah-tengah antara rumah kami & MIL..


Yang kaum lelaki tengah sibuk membersihkan ayam dan mencuci pinggan mangkuk..


Dania pula sibuk main basikal kesana kemari.. Untunglah ramai yang sudi tolakkan Dania.. Yang kelakar, diorang kata masa bagi paper bag kat orang Marhaban, Dania pon sibuk nak jugak.. Bila dah dapat terus lambai Atok.. "Bye".. Macam die yang marhaban jer.. hihi..


Seperti biasa Daddy kena jadi PhotoG tak berbayar.. Ambil gambar Aimi sekeluarga..




Dah lepas Ibu & Ayah Aqilah berposing.. Giliran kami pula berposing sekali.. Mana boleh tak bergambar.. Kenangan nie..


Dania sangat suka bergambar dengan Aqilah..


Ini giliran Menantu & Cucu perempuan keluarga Daddy pula bergambar.. Suka tengok pic nie sebab Dania tiba-tiba laga pipi camtue..


Yang nie gambar Aqilah dengan Sepupu baru belah family MIL.. Mohd Aibaq Nazhan kalo tak silap..


Tak habis lagi nak posing dengan Aqilah.. Kali nie nak nampak full view..


Dan yang terakhir.. Gambar Mummy & Dania lah...


Teringat pula memori Majlis Cukur Jambul Dania.. Masa tue tak buat pon entri sebab belum aktif berblog.. Gambar jer ada.. Nanti kalo rajin Cute Mum buat entry bergambar Majlis tue..

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy