Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Khamis, Ogos 30, 2012

Buat rumah kami macam rumah die jer...

Dah habis dah entry raya-raya.. Kehidpuan kami dah kembali seperti biasa.. Pergi kerja, balik kerja, buat Pin boling dan tido.. Jadi takder cerita yang best pon nak buat..

Cuma satu nie perkara yang kami tak berapa suka bila berlaku kat depan rumah kami...


Nampak tak ada kereta yang parking kat tempat kami parking kereta?? Kenapalah ada orang yang tak segan silu dok parking kat depan rumah orang.. kami cuma pergi kedai kejap jer.. Tau-tau balik orang nie sesedap hati parking kat sini.. Daddy yang panas hati terus blok kat belakang..

Tak lama lepas tue dengar owner kereta nak keluar.. Ingatkan reti bahasalah sikit cakap dengan kami tadi tumpang parking, nie tidak.. elok jer blah macam tue.. Rasanya die langgar longkang untuk elak kena kereta kami.. Memang takder kesedaran sivik betul.. Nasib tak nampak orangnya, kalau tak dah glemer dalam blog nie..

Depan rumah kami nie ada tanah lapang.. Bukanlah tak kasi parking, tapi orang yang datang nie tak reti nak parking betul-betul.. Kadang-kadang halang kereta kami sekeluarga nak keluar masuk.. Yang geramnya, parking elok depan rumah kami, pastue keluar kereta buat tak reti jer.. Kan bagus kalau minta izin kat kami yang sedang elok tengah tengok die.. Macam nie ker orang melayu kita?? Takder budi bahasa..

Kadang-kadang kami nak jer pasang signboard nie... Biarlah orang kata kedekut ke tidak..

9 Syawal ~ Blogger yang sama datang beraya lagi ..

Hari Isnin masuk jer kerja, dapat SMS dari seseorang.. Nama tak keluar sebab sejak tukar Tab banyak no hp kawan2 hilang.. Tapi masa tue dah boleh agak siapa yang sms.. Katanya nak datang beraya kat rumah.. Kami tak kesah pon.. Bersyukur lagi adalah.. Gembira ada orang sudi datang bertandang ke rumah kecik kami nie..



Tapi tahun nie berbeza sikit keadaan kami.. Dua-dua perut membulat.. huh... Adoi.. Nampak sangat Cute Mum gemuk.. Betul cakap Dania, Mami mok...


Cute Mum rasa bersalah pulak, patutnya kita datang melawat orang yang sakit, nie dah terbalik.. Sue pulak yang datang walaupon jahitan kat mata tue belum elok.. Cute Mum pon sibuklah korek cerita pasal accident tue.. Pastue ceritalah macam-macam..

Dania pula sibuk ajak Si Syawal main Bunga Api.. Ingatkan Syawal layan benda tue, rupanya tidak.. Kenalah Daddy yang temankan Dania main.. Akob & Syawal join jugaklah kejap.. Yang Mak Buyong berdua nie sibuk bergosip tak henti-henti.. huhu..

Tak sedar pukul berapa baru Sue n Family balik.. Itupon sebab Syawal dah mula merengek.. Kalau tidak.. Mau sampai pagi tak habis borak.. Kan sue... hihiih..

Apapon terima kasih yer sudi datang beraya.. Insyaallah kalau masih belum bersalin, kami akan cuba beraya hujung minggu nie...

Pada kawan-kawan Blogger yang nak datang, mehlah.. Rumah Cute Mum kat Jalan Nazir, Kampung Sg Ramal Dalam.. Apa-apa sms jer no nie.. 013-2870132..

8 Syawal ~ Start Bikin Stok Pin Boling & Main Bunga Api

Selamat pagi.. Esok dah cuti.. Entry sepanjang cuti Hari Raya pon dah nak habis nie.. Seronok pulak rasanya sempat simpan semua kenangan tue sebelum bersalin.. Agak-agak impian Daddy nak anak keluar 31 Ogos tercapai tak?? Kenalah tunggu esok.. huhu.. Kalo masih belum bersalin, kita jumpa lagi hari Isnin..

Hari terakhir cuti kami tak pergi mana-mana pon.. Lepak kat rumah jer.. Rehatkan badan sambil layan Movie.. Cuma pagi tue dalam pukul 9 pagi kami pergi rumah sepupu kat Kajang Prima untuk beraya..

Bila malam, kami dah mula buat stok Pin Boling.. Dah 2 bulan tutup kedai, dah sampai masanya buka semula.. Alhamdulillah dah ada order terbaru pon nak hujung minggu nie.. Pada yang dah dapat sampul nie, jangan buang yer.. Simpan no hp tue kalo nak order.. hihi..

Photo: Dh Sampi.... Sapo Mau?... Sampel jekkk... Isi X do.... Hehehehehehe.....

Sementara nak buat stok, Dania minta main Bunga Api dulu... Daddy dah siap susun lagi kat lantai 4 jenis Bunga Api untuk Dania.. Ikut Dania lah nak main yang mana dulu...


Bila kita pesan main elok-elok.. Mesti jawapannya ok.. Tahun nie memang puaslah Dania main bunga api.. Daddy beli sekotak.. Ada 2 jenis lagi tue baki tahun lepas punya..


Peace!! Dania main "Api"(sebutan Dania untuk Bunga Api)..


Macam biasa, Dania tak suka main sorang-sorang.. Die nak ajak Iman teman.. Tapi dah malam, takkan nak panggil kot.. So Daddy lagi jadi mangsa temankan Dania..


Punyalah happy diorang berdua nie.. Dania siap menyanyi lagi.. Cute Mum ada rakam.. Tapi tak reti nak masuk dalam blog.. Xperlah.. simpan buat kenangan kami jerlah..


Dah habis semua Dania main, kami bertiga sambung buat stok Pin boling sampai pukul 12 malam.. Pastue masuk tido.. Esok nak kerja.. huhhhhhh... Malasnya...

Rabu, Ogos 29, 2012

7 Syawal ~ Beraya & Melepak kat Taman..

Pagi Sabtu kami pergi beraya rumah Makcik Cute Mum kat area Kajang.. Adalah 3 biji rumah kami pergi.. Itu pon dah tak larat sebab dalam hati risau kalau tak sempat bawa si dara sorang nie merasmikan kereta barunya.. Kesian sangat tengok Dania main kat dalam rumah jer..

Dania nie cepat pick up.. Ajar sekali jer camner nak main.. Die dah boleh control sendiri.. Kami tengok jerlah.. Tue yang habis peti sejuk die langgar.. Dengan masuk dalam bilik kami lagi.. Sabar jerlah.. Petang dalam pukul 6 kami pon bawalah Dania pergi Taman Tasik Cempaka..

Inilah kereta baru Dania.. Smart betul.. Untung budak zaman sekarang boleh beli kereta mainan camnie.. Kalau zaman kami kecik, kereta control tamiya pon susah nak beli.. huhu.. Sebelum terlupa.. Terima kasih pada mereka yang bagi Duit Raya kat Dania.. Dapatlah Dania merasa kereta nie.. Semoga anda semua dimurahkan rezeki yer.. AMIN..




Ok.. Tuan punya kereta dah naik.. Sebelum nak sampai kat kawasan lapang, Daddy yang control pakai remote dulu.. Dania duduk diam-diam yer..


Elok jer sampai kat kawasan yang lapang, Dania main sendiri.. Barulah puas main.. Dapat pusing jauh-jauh..





Mummy cuma boleh tengok dari jauh jerlah.. Masa nie baby tengah aktif menendang.. Mungkin baby pon nak join kakak kot..


Puas main, Dania nak jadi model kereta pulak.. Layan....






Hahahaha... Macam-macam gaya Dania nie kan.. Orang lain yang tengah lepak dan jogging pon tersenyum tengok gelagat Dania berposing.. Memang sporting habis Dania haritue.. Mungkin hati sangat gembira dapat apa yang die nak kot..

Tapi.. Dania tak seronok main sorang-sorang.. Jadi Daddylah yang menjadi mangsa melayan karenah die.. Happy jer tengok mereka.. Lepas nie Daddy dengan Dania jerlah yang datang sini petang-petang.. Mummy kena dok rumah 44 hari jaga adik..



Dah bosan main sendiri, Dania buat kereta die macam kereta remote Control pulak.. Tak kesahlah Dania.. Janji kamu happy...


Dah dekat pukul 7 kami pon gerak balik rumah.. Malam tue dok lepak tengok VCD jer.. Rasa macam tak syok bila pikir esok dah hari Ahad.. Last Day cuti...

6 Syawal ~ Aktiviti Wajib Setiap Kali Raya..

Lepas kami pergi beli mainan Dania kat Jalan Raja Laut KL, kami plan nak buat satu lagi aktiviti bersama Dania.. nie pon antara aktiviti yang dah lama tak buat dan aktiviti wajib kami buat setiap kali Raya.. Dania memang dah lama ajak pergi sini setiap kali kami masuk The Mines..

Sebelum apa-apa kami isi perut dulu kat Bread Talk.. Sambil tue Dania dok layan Cruise kat tepi tue.. Sorrylah Dania, Mummy & Daddy tak berminat nak naik.. Kalo kat negeri orang, rasa nak jugak naik.. Macam kita naik kat Melaka tue.. Dania tengok jerlah yer..


Kalau tahun lepas, kami pergi tengok wayang malam raya ke-2 (31 Ogos 2011), time tue cerita Hantu Bonceng.. Tahun nie kami pilih tengok cerita SAM.. Walaupon cerita nie orang kata berat, tapi Dania ok jer nak tengok sebab Sam.. Daniakan peminat setia Sam..


Kali nie Dania yang belanja Mummy & Daddy tengok wayang.. Kali nie tak beli Popcorn sebab dah kenyang, cuma beli Jagung n Air Mineral untuk Dania..


Cerita SAM nie memang berat gaklah sebab cerita pasal percintaan, persaingan dan pergaduhan.. Awal-awal nampak macam best, bila dah tengah-tengah dah mula adegan mendebarkan dan memelikkan sampai kita pon tak paham.. Rupanya sam tue yang saiko.. Ada sakit mental.. Pendek kata, tak berapa bestlah cerita nie.. Kami lebih suka cerita yang ringan dan lucu.. Dania pon tak suka, baru separuh cerita dah tido.. Selalunya cerita sam berlakon, dari awal sampai habis Dania tengok..

Lepas tengok wayang, kami balik rumah.. Dania dah mula eksited nak main Kereta die.. Penat gaklah kami nak pujuk kata bateri belum cas.. Bagi Dania dapat naik pon jadilah..



Dan satu lagi aktiviti kami lakukan malam tue pulak adalah pergi Fun Fair.. Tahun lepas pon pergi jugak.. Rasanya tokei Fun Fair nie memang dah book tapak kat Balakong nie setiap kali Raya kot.. Kami pulak memang pantang nampak Fun Fair.. Wajib terjah.. Dania bila nampak jer lampu-lampu tue semua terus tak sabar nak main..


Benda yang paling Cute Mum & Daddy layan mestilah BINGO.. Tapi luck takder sangatlah malam tue.. Cuma dapat 1 Kad dan 2 Keychain (sebab ada lebih dari sorang BINGO)..


Dania yang dah bosan main BINGO sibuk ajak main Keretapi.. Pastue naik benda alah nie dengan Daddy.. Kelakarnya Daddy kata die pening, bila tanya Dania.. Die jawab "Kakak tak pening pon.. best pusing pusing".. hihi..


Dah pukul 11 lebih kami pon gerak balik rumah.. Dalam kereta dok sibuk main dengan "kawan baru saya".. Bear yang kami tukar guna kupon tue.. Sampai ke pagi Dania tido dengan kawan die.. Pagi-pagi bangun dah ajak kawan naik kereta sama-sama..


Rumah kami nie bukanlah besar sangat.. Kat luar tanah berumput.. memang tak sesuai untuk Dania main.. Kesian jugak tengok Dania asyik main kedepan dan kebelakang kat ruang yang terhad kat dapur nie.. Daddy kata nanti nak bawa Dania main kat Tasik.. Mesti Dania suka..

p/s: Cute Mum kat Klinik Kesihatan sekarang nie.. Check up 37 weeks..

6 Syawal ~ Akhirnya impian Dania tercapai..

Seperti yang dirancang, selepas Solat Jumaat kami pon gerak ke KL.. Kami dah tau nak beli apa untuk Dania memandangkan Dania memang dari dulu lagi nak mainan tue.. Setiap kali pergi kedai mainan,Dania pasti akan cakap nak mainan yang tue.. Cuma dulu malas nak beli sebab pikirkan tiada tempat nak main..

Misi mencari bermula kat Kedai Pemborong Mainan area Jalan Raja Laut.. Macam tak percaya jer jalan kat sana lengang jer.. Kalau hari biasa kompom dah sesak.. Kami park kereta kat satu tempat dan jalan kaki survey harga... Dania mood baik nak jalan sendiri mungkin sebab tau memang nak beli mainan die..


Harga kat setiap kedai hampir sama jer.. Cuma bezanya design yang ada.. Daddy tinggalkan kami kat depan satu kedai tue untuk pergi kedai lain.. Kesian tengok Cute Mum cam dah tak larat nak jalan.. Kami berdua pon duduklah kat Bas Stop.. Dania punyalah suka ingatkan nak naik BAS.. huhu.. Terpaksa Cute Mum cakap bas penuh takleh naik.. Lain kali jer..Sorry kakak..


Tak lama pastue Daddy datang balik kata harga sama tapi design tak cantik.. Kami pon masuk balik kedai tadi dan biarkan Dania memilih sendiri Kereta mainan beteri impian hatinya.. Yang design Batman nie Daddy tak suka.. Tukar lain walaupon nie design terbaru.. Dah nampak macam boy pulak...


Mula-mula kami nak beli yang kereta kecik Mini Cooper, harganya RM220.. Tapi bila pikir balik, baik beli besar sikit.. Lebih lama Dania dapat main.. Jadi pilih yang Audi nie.. Harganya RM280.. Ada lampu, radio boleh adjust volume dan remote control.. Ada 2 color.. Merah & Hitam..


Dania berkenan dengan warna hitam.. Memang sesuailah dengan ketinggian Dania.. Kaki Dania sampai nak pijak padel sendiri.. Senanglah.. Takyah kami yang control...


Setelah tanya banyak kali kompom ke Dania nak, akhirnya kami pon bayar dengan menggunakan Duit Raya Dania tahun nie.. Ada baki lagi duit tue akan disimpan dalam Bank...


Semoga Dania gembira bila impian yang selama nie nak kereta mainan bateri nie tercapai.. Pasnie takyah Daddy keluarkan duit RM5 untuk Dania main 15 minit bila kat Tasik Cempaka atau Metropoint.. Sekarang hari-hari boleh main kat rumah yang sekangkang kera tue.. hihi..

Kereta nie nampak jer kecik.. Tapi nak masuk bonet kereta tak muat tau.. Kena letak kat seat belakang.. Terpaksalah pangku Dania sepanjang jalan balik rumah.. Jadi sesiapa yang nak beli pastikan tiada penumpang dibelakang yer.. Lagi satu kalo berminat nak beli, beli di kedai Pemborong Mainan sebab harga jauh lebih murah dari kedai biasa...

p/s: ada yg tanya beli kat mana? kami beli kat BB First Wholsale, Jln Raja Laut.. kedainya dekat ngan bus stop kami duduk tue..

4 & 5 Syawal ~ Dania beraya sakan lagi...

Erm.. Belum habis lagi cerita sepanjang bulan Syawal lagi nie..Dah cuti lama, banyak pulak benda kami buat.. Cuma gambar jer yang tak berapa nak ada.. hihi..

4 Syawal ~ Haritue plan kami akan beraya bersama Mak & Ayah.. Kami pergi satu kereta jer.. Sementara menunggu Mak & Ayah kemas rumah kampung tue, kami berdua bergambar kejap.. Nampak sangat dah takder kerja.. hihi..



Mula-mula kami pergi ke Lenggeng, rumah Mak cik.. Pastue kami balik Bangi Lama semula.. Beraya pula rumah jiran kat depan rumah Atok tue.. Dah habis beraya, balik rumah Atok kemas barang dan terus ke rumah Mak & Ayah kat West Country..

Dah sampai sana, turunkan barang dan kami pergi ke rumah Mak Ngah kat Taman Jasmin Kajang.. Sampai sana Cute Mum dah mula tak sehat.. Batuk-batuk dan selsema.. Ingatkan Cute Mum jer, Daddy pon dah mula pening kepala.. Ingatkan lepas tue nak balik rumah, Ayah ajak singgah rumah sepupu kat Kajang Perdana pula.. Kat sana Daddy boleh bantai tido.. huh.. Nampak sangat dah tak larat.. Sebelum Maghrib kami pon gerak balik rumah semula..

Dania sampai jer dah terdampar kat bantal rumah Neneknya.. Daddy pula tido kat kerusi.. Sampaikan saudara mara datang pon Daddy tak larat nak bangun..Dania sempatlah bangun dulu dan mandi..


Malam tue kami tido rumah Family Cute Mum pula.. Esoknya Dania dah cakap nak ikut Atok & Nenek beraya..

5 Syawal ~ Pagi-pagi lagi dalam pukul 9, Atok n Nenek dah siap nak bawa cucunya beraya.. Dania mula-mula liat gak nak bangun.. Lepas dipujuk, barulah ok.. Dania tak kesorangan, Abang Zaquan pon ikut sekali... Atok n Nenek jemput Zaquan kat rumah Neneknya kat Bt 10 Cheras..

*amik pic nie kat FB Sweetmama..*

Cute Mum dah tak sehat haritue terus ajak Daddy balik rumah.. Rasanya lebih selesa kalo dapat baring-baring atas katil sendiri.. Elok jer nak balik, Lieya ajak teman repair HP die kat The Mines.. Kami pergi sana dulu pastue baru balik rumah.. Kebetulan haritue kawan Daddy ajak lepak, Cute Mum biarkan Daddy pergi tinggalkan Cute Mum sorang kat rumah.. Dah petang baru Daddy balik.. Cute Mum selesa dapat tido...

Malam tue rasa bosan sebab Dania takder.. Akhirnya kami keluar jalan-jalan survey TV dan beli Kipas angin.. Dah lama minta kipas angin nie, sebab yang lama dah patah Dania jatuhkan.. Barulah haritue dapat ganti.. Kami pusing punya pusing, last-last balik rumah jerlah tunggu Dania..

Dah pukul 11 lebih baru Dania sampai rumah.. Ingatkan dah tido, rupanya cergas lagi.. Sibuk bercerita dapat banyak duit raya.. Siap ada uncang lagi untuk diorang berdua simpan duit raya masing-masing.. Ayah n Mak beraya kejap kat rumah kami pastue balik..

Dania start merengek nak ikut lagi...Terpaksalah Daddy pujuk Dania...



Bila mood dah baik.. Dania mula mengira duit raya... Siap mengira pakai jari lagi.. Kelakar sangat.. Macam reti jer mengira nilai dut tue..





Dah selesai mengira, Daddy tanya Dania nak beli apa pakai duit raya tue? Dania kata nak beli aiskrim.. hihi.. yang tue Mummy & Daddy boleh belikan tanpa duit raya.. Daddy memang dah plan nak beli apa Dania nak dengan duit raya tue, lebihnya baru simpan.. Sekurang-kurangnya adalah nampak benda yang dibeli sebagai kenangan..

Kalau nak tau apa Dania beli, tunggu next entry.. Kami pergi keesokan harinya...

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy