Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Jumaat, Januari 11, 2013

Kembali Aktif bersama anak-anak @ Stadium Shah Alam

Hari Selasa, 8 Jan 2013 kali pertama Sara pergi Stadium Shah Alam.. Musim bola dah kembali, Cute Mum dah tak boleh tahan tengok Dania n Daddy jer pergi, jadi memang dah plan nak ikut juga dan bawa Sara sekali.. Nak test ok ke tak? Kalau tak ok, maknanya kena tengok kat tv jerlah.. huhu..

Kami gerak pon dah lambat.. Sampai kat Stadium perlawanan dah start 15minit kalau tak silap.. Kami memang biasanya akan cari port yang tak ramai orang.. senang sikit nak handle anak.. lagi-lagi ada Sara busyuk nie...


Tak sampai 20 minit Sara dah mula meragam.. Kami pon taknaklah gangu orang lain tengah tengok bola.. Jadi Daddy ajak tukar port lain.. Kami pergi kat belah hujung atas sikit supaya senang bf Sara.. Tapikan.. Sara tak minum sangat pon.. Memang haritue Sara takde mood..Masa amik Sara kat rumah pengasuh, acik tue kata Sara kurang minum susu.. Mungkin adalah tue yang tak kena...  

Nie muka budak yang nak berdukung dengan Daddy....


Kakak tak jeles sebab kakak tengah makan.. Time nie tengah rehat sebelum masuk separuh masa kedua...


Ok.. Perlawanan separuh masa kedua dah mula.. Harap Selangor dapatlah gol.. Boleh kalahkan Nageri Sembilan... hihi.


Daddy tak puas tengok dari seat dan Sara pon tak diam kalau duduk.. Sepanjang masa Daddy berdiri kat situ sambil dukung Sara...


Yea....Selangor memang.. 1 gol pon jadilah.. Dania punyalah happy dok bersorak sambil kibar bendera Selangor... 


Masa nak balik dah.... Daddy kata lepas nie Selangor main kat tempat lawan... Nanti ada game lagi kita pergi yer.. Walaupon Sara meragam, tapi still boleh handle... Kira luluslah tue....Target nak beli Jersey Selangor baru... Baju yang kami pakai nie dah lama sesangat... 


Tahniah pada Sara sebab berjaya pecahkan rekod Kak nia... Umur 3 bulan dah tengok bola.. Kakak kali pertama pergi masa umur 11 bulan tau... 


Yang pasti mummy tetap NIP anak-anak walaupon dalam Stadium.. :)



2 comments:

syawalsimpsons berkata...

yahoo berjaya jua....tahniah...

eB berkata...

cayalah sara. :)

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy