Klik untuk melihat Koleksi Dania Bowl!

Selasa, Januari 22, 2013

Majlis Cukur Jambul Dania Maisarah...

salam semua...  Badan rasa letih pula lepas balik bercuti nie... Tapi seronok walaupon sekarang tengah HOT pasal isu IBU SUSUAN tue.. Cute Mum kat sana tak dapat nak update sangat, cuma baca jer komen-komen yang ditinggalkan.. Jadi mana yang komen tak berbalas tue maaf sangat-sangat yer... Apapon terima kasih memberi sokongan kepada usaha Cute Mum nie...

Oklah.. Sebelum cerita basi, nak storylah pasal Majlis Cukur Jambul Dania Maisarah pada 13 Jan 13... Cerita pasal persiapan dah buat dah... Cerita majlis jer baru terhegeh-hegeh nak buat... hihi..

Pendek kata majlis emang meriahlah.. Dah macam kenduri kawinlah pulak.. Tema yang dipilih Biru sebab kebetulan Abg sepupu belikan kain pasang warna biru dari Vietnam buat kami 1 family.. Jadi Lieya tolang siapkan untuk semua.. Dania n Sara kami beli... 

Inilah buaian Sara... Simple tapi sweet jer...


Kami panggil Marhaban Sg Ramal Dalam... Mereka sampai dalam pukul 10 lebih...Dah semua ahli sampai, majlis pun bermula....


Sara yang terpaksa bangun awal.. Meragamlah jugak.. Lagi-lagi kena paksa mandi.. 


Daddy temankan Cute Mum sebab nak tolong jaga Sara...



Sara terus meragam, Cute Mum cuba susukan, Sara reject.. Rasanya Sara mengantuk.. Daddy tolong pujuk Sara...Kejap berdiri...


Kejap duduk... memang macam-macam caralah kami buat supaya Sara senyap.. Dah lama sikit barulah Sara  diam....


Dania pon tak der mood pagi tue, die tak nak duduk dengan kami.. Dania nak berkawan dengan sepupunya yang lain...


Ok.. Masa untuk mencukur jambul dah tiba...







Dah ahbis 1 pusingan, kami pergi ke ahli keluarga pula...


Nenek a.k.a. MIL


Nenek Daddy


Opah Daddy


Maklong Daddy


Makcik pengasuh Sara


Selesai semua, Sara pon dah mengantuk.. Daddy letakkan dalam buaian...



Sambil tue Daddy hayunkan buai semasa mereka nanyi lagi berendoi...


Bacaan doa... Semoga Anak Mummy & Daddy akan sentiasa dilindungi oleh ALLAH s.w.t...


Selesai majlis, wajiblah perposing-posing amik gambar kenangan...

Bersama Dania, adik-adik & kakak ipar...


Mak bersama anak ,menantu, cucunya serta anak yang diasuh dari kecil....


Sara takder dalam gambar, sebab tengok syok tido.. Nak kacau malas, nanti mergam balik... Biarlah Sara lena dulu...


Jadi amiklah gambar dengan Dania, Moon, Timah & Zaquan....


Nie keluarga belah Daddy yang hadir... ada lagi yang tak sampai..


Nie ahli keluarga belah Cute Mum pula...



Kami pasang 2 khemah untuk menjamu tetamu, tapi sayangnya masih tak cukup sebab banyak tempat lecak.. Kebetulan pagi tue hujan lebat.. Nasiblah time kenduri elok dah berhenti hujannya... Harap tetamu paham yer...



Ini antara makanan yang disediakan oleh Catering Puncak Sakti... katering family Cute Mum... Mak & ayah yang sponsor makanan.. Untuk pencuci mulut, kuih & air disediakan oleh Family Mertua pula... Jadi bab makanan memang mereka yang sponsor..  Mekasih banyak-banyak... Kami tambah sikit2 jer...




Ramai juga tetamu yang datang pada hari tue.. Boleh kata kami kemas semua pukul 4 petang.. Dah macam kenduri kawenkan.. Takperlah.. Selagi ada makanan, apa salahnya menjamu tetamu yang hadir.. Lagipon mungkin mereka ada jemputan lain sebelum nie...

Terima kasih gak pada rakan blogger yang sudi hadir ke Majlis nie.. Maaflah kalau tak sempat nak layan... Kebetulan semua datang serentak.. bolehlah bersembang sesama mereka juga... Gambar nie Cute Mum cilok dari Blog mereka... Kamera sendiri dah simpan...

Sue & Nad




Dan pada hari ini jugalah kami sekeluarga berjumapa dengan Iffah Safiya, anak susuan kedua Cute Mum.. Jadi janganlah ada yang anggap kami bagi susu kepada orang yang tak kenal.. Memang kami berkenalan dari Facebook, tapi tak bermakna kami tak boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan...


Dania amat suka bila kini die ada 3 orang adik... Setiap hari dok cakap nak bawa adik sara, balqis, iffah pergi jalan-jalan... Kakak sayangggg semuaanyaaa........


Oklah.. dah habis pon cerita pasal Majlis Cukur Jambul Dania Maisarah.. terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menolong dan memeriahkan Majlis ini... Tak lupa kepada kawan-kawan yang hadir... Insyaallah, kami akan buat kunjungan balas kalau dijemput.. :)

7 comments:

Delimasari berkata...

cantik222 gambar ni
akak nk tanya camana nk kontek nk tnya pasal medal boling

Anum berkata...

sweetnya

syawalsimpsons berkata...

tak dpt nk burak sgt ngan dania...dania bz main

Nad MamaZN berkata...

Alhamdulillah...
Seronok dpt penuhi undangan =)
Tq cutemum n famili =)

wan nurul hezrina abd halim berkata...

LAMANYA NURUL TAK KESINI..Dah besardah dania n maisarah so cute mcm uyun=)

MrS. F!zA berkata...

comel dania rambut pndek.. dania dh cerdik dah pandai nak menjalinkan hubungan dgn adik2 baru ye..

Fieda Rafli berkata...

comel dania berambut pendek..alhamdulillah selamat semuanya..

 

CUTE MUM - My Cute Little Diary..... Designed by Whitey Mommy