Erm.. Inilah artikel yang ada dalam Harian Metro harinie... Bukan setakat dalam paper.. Kat online pon banyak.. Nampaknya dah jadi isu panas pula harinie.. Jadi secara tak langsung Cute Mum kenalah cekalkan hati membaca apa saja komen yang diberi oleh orang lain...
Sebenarnya Cute Mum dapat msj kat FB dari wartawan aritikel nie minggu lepas... Pada mulanya rasa risaulah jugak sebab takut apa pandangan orang lain.. Sama macam isu NIP tue kan.. Tapi bila fikirkan balik.. Niat wartawan tue nak perkenalkan isu nie supaya dapat mengalakkan lagi orang menghargai susu badan yang dianugerahkan oleh ALLAH nie... Bila bincang dengan Daddy, Daddy pon kata boleh.. Jadi kami pon set nak jumpa kat rumah hari Sabtu lepas... Sehari sebelum Majlis Cukur Jambul Sara..
Sebelum Cute Mum ceritakan pasal anak susuan, Cute Mum dah minta izin kepada ibu Balqis dan Iffah terlebih dahulu.. Yerlah.. Benda nie pon melibatkan mereka juga.. Alhamdulillah mereka pon izinkan termasuklah nak letak gambar anak susuan dalam artikel..
Masa interview tue, Daddy pon ada gak tau.. Jadi janganlah orang risau.. Semua benda yang Cute Mum buat tentulah dengan izin Daddy...
Sebelum ambil keputusan amik anak susuan nie, Cute Mum dah buat reseach pasal hukum semua.. Kalau nak baca boleh tengok kat page Human Milk for Human Babies Malaysia.. Dari sanalah Cute Mum study dan jumpa 3 ibu yang memerlukan susu ibu..
Ada yang komen macam-macam pasal Cute Mum kat "page tue".. bagi Cute Mum nak buat camner.. Kita tak boleh nak sedarkan orang yang kurang paham dengan sekali cakap.. Dan memang biasa orang tak menyokong orang fully BF nie.. NIP pon salah.. Jadi ibu susuan pon salah... Lagipon diorang hanya baca satu kenyataan, terus komen tanpa baca isu sebenar dan kenal siapa orang yang diorang kata tue.. Takperlah.. Janji niat Cute Mum tetap kukuh nak susukan mereka..
Antara komen yang Cute Mum tak rasanya diorang patut fikir secara terbuka adalah isu kawen sesama anak susuan.. memanghlah anak kandung dan susur galur kita keatas diharamkan berkahwin.. jadi tanggung jawab kitalah bagi semua keluarga yang terlibat sentiasa berhubung.. lagipon bukannya tak ramai orang lain kat malaysia nie.. Insyaallah kalau anak-anak susuan dah rapat dengan keluarga Cute Mum, masalah nie tak timbul.. Cute Mum juga kenalkan adik beradik susuan yang lain sebeb mereka pon dah jadi adik beradik.. Cute Mum juga dah simpan salinan Mykid & surat beranak mereka.. Setakat nie takder masalah sebab anak-anak perempuan.. bila Cute Mum ada anak lelaki nanti kalau ada rezeki, Cute Mum akan buat sebaliknya kepada keluarga anak susuan.. Insyaallah takkan jadi masalah...
Walaupon banyak lagi komen negatif yang tak tertulis kat sini, harap suatu hari mereka akan paham situasi kenapa si ibu sanggup mencari ibu susuan untuk anak mereka.. Cubalah pikir, sanggup ker kita nak orang lain susukan anak kita walaupon hanya dengan EBM?? mesti kalau mampu taknak.. Sebab mereka tak mampulah mereka sanggup mencari...
Nak tahu macam mana ceritanya Cute Mum bersedia jadi ibu susuan boleh baca entry-entry khas untuk Balqis n Iffah kat Label ~ Anak Susuanku..
Nak tau perjalanan Cute Mum dalam breastfeeding boleh baca kat Label ~ Breastfeeding Journey...
Harap dapatlah memberi sedikit maklumat pada yang tak tahu niat sebenar Cute Mum...
Dalam keadaan yang panas, Cute Mum terus bersemangat nak pump.. Hasilnya lebih banyak dari biasa... :)

Mendapat komen yang baik dari ahli keluarga membuatkan Cute Mum sangat terharu....
Dari Mak Cute Mum...
Dari Tasha...
Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan yang sentiasa menyokong niat Cute Mum nie...Sayang korang sangat2..
p/s: Serius tak sangka muka masuk front page... Ingat artikel kecik jer.. Pastue dapat komen yang luas pulak tue... Sampaikan Director pon sambil baca Harian Metro panggil nak tanya awak ke nie?? hihi..




































36 comments:
keep it up sis!
ler.. ada juga ye komen negatif pasal menyusukan anak org ni.. Semoga CUte Mum berjaya. Ini misi mulia. Makbed sokong!!!
pedulikan kata org uyun yg penting niat kita baik, anak2 susuan yg uyun beri pun ada yg mempunyai masalah kesihatan dimana susu ibu ini adalah yg terbaik utk keperluan bayi... Nabi Muhammad kita pun ada ibu susuan .. sabar dan tabah ye, sbb kekadang bende yg baik itu pun di pandang serong org ....
sikap yang harus dipuji sis
tahniah2
betoi uyun....nabi kiter pon ada ibu susuan..jgn takut akan anasir2 mulut longkang tu semua...dorang tak da dalam situasi kite..anggap la tu 1 cabaran.,..sampai ke petang sue bangga je ngan uyun tau...yang paling best, comment mak uyun tu sangat2 buat sue touching jaa
sungguh tak sangka itu adalah cutemum masa baca newspaper...apapun ema pun sokong dengan tindakan cutemum
Saya tak pernah berpeluang BF..susu memang takde langsung..tak pernah merasai bengkak susu dan sebagainya..agak kecewa..tapi masa tu tak berapa ramai yang sanggup dermakan susu badan..walau hati berkobar nak bf anak2 tapi semangat tak cukup kental..sudahnya saya give up..dan membesarlah anak2 dengan susu formula...sekarang rasa menyesal sebab meluas org bercerita perihat susu badan dan derma susu..so keep it up..teruskan bantu org2 yang memerlukan dan ada masalah...hanya Allah yang tahu niat dan keikhlasan kita..pedulikan org lain
Tahniah ... Teruskan usaha yang mulia nie ...
uyun, bila kita bt baik msti org mengata.. itu la lumrah, tabah k.. apa uyun bt memang bagus, berkongsi nikmat allah.. tak semua ibua da nikmat boleh susukan anak sndiri.. Even nabi pun ada ibu susuan.. jd di mana plak salahnya.. huuhuhu
sedih lak baca entry uyun ni..tak sabar nak tunjuk kat suami artikel pasal uyun ni. harap2 uyun tak terkesan dgn komen2 yang tak membina tu. semoga Allah melimpahi rezeki buat Uyun dan keluarga...
Yang penting aima restu apa yg uyun buat..Alhamdulillah..
Memang TERBAIK apa yg uyun dah buat ni..Teruskan selagi kita rasa kita mampu..Anggaplah ini dugaan..
alhamdulillah!
tahniah cutemum:)
Ada baca tadi kat paper. Proudly say ini blogger yg Liza kenal ni. Rasnya kalau dia faham pasal ibu susuan, tak jadi masalah. mmg ad yg komen negatif td, Liza tlg perjelaskan kat dorang. :)
usaha murni ..biar la apa org yg tk paham tu dok mengata yg penting buat keje baik kan ..
jangan pedulikan apa orang kata yang penting niat tu ikhlas. So, teruskan usaha murni ini okey .. ;)
keep it up kak, bagus usaha akak ni. InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan akak dan jadikan anak anak akak soleh solehah :)
tahniah..banyak sangat pahala..sangat terharu//sedih nak komen banyak2..uhuk
Salam,
tahniah kerana berjaya menyusukan anak dan anak2 susuan...akak tumpang gembira dgn kejayaan dan kemurahan hati awak.
moga Allah s.w.t membalas segala kebaikan awak dengan ganjaran yang besar. semoga rezeki awak sekeluarga bertambah murah.
X salah pun,
Kebetulan hot fm yg memperbesarkan isu ni..
Yg penting niat uyun dh betul dah tu...
Mmg niat baik dan susu ibu adalah susu terbaik...
semoga Allah balas jasa baik Cute Mum..pedulikan pndgn mereka yg berfikiran jumud dan negatif...sy pun kalo de rezki mengandung tahun dpn nak BF anak sepenuhnya dan kalau ada lebih share dgn mereka yg memerlukan...
uyun..tahniah!bertambah semangat nk bf anak..walo ade yg ckp mcm2 kat sy. mereka sj nk jd parasit huhu
congrats!! semoga diberkati :) i'm proud having u as a blogger fren...tak semua org mampu buat mcm yg u buat :) :)
Uyun org yg bcakap tanpa ilmu mmg sokmo negetif.. uyun mmg ibu yg boleh dibanggakan.. thumbs up!!
Taknak cakap byk
Kita bangga dengan uyun sangat2 bangga!
Ok ,tu je=)
Kami sentiasa sokong uyun!
Uyun telah membuka mata org! Tahniah
tahniah.teruskan usaha murni tu..bestnya pum dapat 8 botol sehari..teruskan usaha mengepum tu ye..
benda elok so teruskan Jew la.. pedulikan kata2 org... insyaallah Allah bersama org yg sabar... :-)
zaman nabi lagi benda ni dah ada. cuma bani melayu je yg lupa....ntah la, manusia ni memang macam2
susah kite nak puaskan semua orang .. apatah lg bende2 macam ni... ape yang kite buat, memang ada orang kat luar sana yang suke mengutuk dan mengata.. tapi memang im proud of u , bukan senang tu , usaaha kene lebih dalam nak susukan anak susuan ni
semoga terus tabah mengahdapi anasir2 negatif nih.....sy tetap sokong cute mum!!!
Allah sahaja yg dpt membalas usaha murni cute mum ini, diorg nak ckp apa biarlah, cuba pikir positif dan study dalam2 ttg hal ni kan bagus, dari mengata tak tentu hala, keep it up cm ;)
saya sokong Cute Mum,, cayokkk,, tabik spring,toing toing,,, apa petua dapat banyak yek?,, i jelous uuuu,,,
Alhamdulillah....sekiranya semua dibuat dgn telus dan terbuka pasti tk timbul masalah dikemudian hari...
Goodluck & keep it up Dior. Allah maha mengetahui dan Dia pasti membalasnya. Pasti hidup kamu akn gembira kelak ank2 dewasa secara tak langsung kamu ada ank yg rmai. Sila eratkn jalinan kekeluargaan seketat2nya.. ♡♥
moga dimudahkan segala urusan :)
kagum dengan kamu cutemum....
Allah maha megetahui..jangan peduli ape orag cakap..
rasa bnde ni perlu..kan mmg ade ibu susuan..ape yg negetif xnmpak pon..
Catat Ulasan